~duka melodi cinta~

katanya:

aku memilih terus mencintaimu
dan abaikan erti kebahagian
kerna kamu hanyalah cintaku
buat selama-lamanya
walau kamu tidak akan pernah
mencintaiku.

aku memilih mencintaimu
walau jiwaku sengsara
kerna, aku dah biasa duka
hasil angan-angan cinta
malah, aku rasa indah
menghayati pilu cinta.

aku masih mahu mencintaimu
walau semakin hari duka di hati ini
semakin dalam dan dalam lembahnya.
aku sengaja berbuat itu
agar kamu tetap aku cintai
sehingga akhir hayatku...

lautan cinta delusi ini dah dalam
susahku untuk berenang ke atas
tapi, aku tak pernah berenang ke atas
malah aku coba berenang ke dasarnya
biarlah aku lemas selemasnya
tanpa bisa keluar lagi dari ia.

coba dengar lagu-lagu ku
ia penuh kesyahduan melodi
sebagai caraku tenggelamkan jiwaku
dalam estetika duka cinta
yang mengajarku kesunyian,
kesepian akan hidup tanpamu.

!!!
semua ini adalah caraku
membalas dendam kepada hatiku
kerna mencintai kamu.
lantaklah hati ini mati dan mati
biar saja ia tak akan lagi
percaya akan cinta real
di dunia realiti ini.

Ulasan

Catatan Popular