~mengapa~
02:02 am
katanya:
malam ini, aku bersendirian seperti biasa
dilemaskan aku oleh emosi syahduku
menghayati kekecewaan tragedi cinta
yang asyik penuh delusi dan ilusi.
sentiasa ada suara dalam hatiku
yang sentiasa mempersoalkan
'sampai kapan aku seperti ini?'.
aku dah lelah akan hal-hal cinta
tapi kenapa hati ini tetap mahu cinta?
hatiku ini bodoh, walau duka mana pun cinta
dia tetap mahu melayan cinta...?
aku dah lelah, sangat-sangat lelah
melayan emosi dan delusiku ini.
tapi apa dayaku, hanya cinta delusi sahaja
yang terindah dalam hidupku.
Ulasan
Catat Ulasan