~aku mencintaimu~

katanya:

andai aku nak
aku bisa lupa akan kamu
dalam masa 14 hari
kerna aku dah biasa
kalah dalam percintaan
dan, belajar lupa akan cinta
malah, aku tersangat pakar
abaikan cinta yang ada dalam hatiku.

tapi, aku tidak mahu lupa akan kamu
kerna itu, aku masih mahu mencintaimu
walau aku lemas, merana, seksa, perit jiwaku.
aku tidak mahu lupa akan kamu
dalam masa yang terdekat ini
kerna aku mahu seksa hatiku
tikam kejam hatiku, lagi dan lagi,
agar tangisannya bisa membasahi
warna-warna untuk kanvas penulisanku.
lantaklah aku merana, asalkan aku ada idea
untuk hasilkan sastera tersampah dunia.
buat apa aku perlu paksa lari
dari duka cinta kurnian tuhan ini
lebih baik aku embrace ia, secara real...

tapi secara jujurnya, aku mencintaimu
bukan kerna untuk seni karyaku
tapi kerna, aku benar-benar mencintaimu
walaupun kamu selama-lamanya
tak akan mahu memandangku...
bodoh aku ini, mencintai wanita
yang mustahil, tersangat mustahil
membalas cintaku, menerima cintaku.

aku benar-benar mencintaimu
dan cintaku ini membunuhku.
aku tahu, kamu tidak minat
untuk ambil tahu itu....
kerna itulah, aku hanya luah
dalam karya puisi-puisiku
tanpa sesiapa tahu, siapa aku, siapa kamu.

aku abadikan kamu dalam puisi-puisiku
agar hanya aku sahaja yang tahu
bahwa aku sangat-sangat mencintaimu
tanpa sesiapa pun tahu, kerna aku
sekadar bayang-bayang, tiada materialnya.

'siapa kamu, siapa aku...?'
hanyalah aku sahaja
yang tahu jawapannya,
yang layak menyoalnya.

Ulasan

Catatan Popular