~aku tahu~

katanya:

aku tahu, mencintaimu menyeksa hatiku
aku tahu itu, sangat-sangat tahu...
tapi, tetap juga aku mahu memilih
mencintai kamu dalam dukaku.
masih aku mahu mencintaimu
walau aku merana, walau aku lemas
disebalik senyumanku, tawaku.

aku tahu, aku tidak akan gembira
andai aku terus mencintaimu
aku tahu itu, sangat-sangat tahu. tapi...
aku tetap mahu mencintaimu
kerna aku telah mencintaimu
sangat-sangat mencintaimu
hinggakan aku rasa perit, seksa
menahan duka hasil terlalu mencintai.

secara jujurnya, aku mahu kamu mencintaiku
walau aku tahu, ia mustahil, tersangat mustahil.
apa yang mampu aku lakukan hanyalah
aku latih jiwaku, aku latih hatiku
agar hidup di dunia khayalan delusi
biarlah di alam sana, kamu mencintaiku...
tapi kenapa, alam delusi juga menyeksaku?
bukankah alam delusi itu lebih indah
berbanding hidup di alam realiti? kenapa...?

semuanya salahku, kerna mencintai wanita
yang tidak akan pernah mencintaiku
walau aku usaha, berdoa, berharap
nasibku itu tetap tak akan pernah berubah...
andai ia berubah, itu hanyalah hatiku, kerna
kamu dipudarkan oleh pergerakan masa
bukannya kamu membalas cintaku.

aku benci akan semua ini...
kerna lagi dan lagi, aku perlu lari
dari cinta one-sided ...
terbukti, 'jatuh cinta lagi' adalah
sebuah pelarian dari cinta unrequited.

Ulasan

Catatan Popular