~realiti cintaku~

katanya:

mereka kata, jangan bandingkan
hidup kita dengan manusia lain
tapi, di depan cinta... aku selalu
bandingkan hidupku dengan manusia lain
kerna... aku mahu wanita yang aku cintai
membalas cintaku...

tapi akhirnya aku sedari
usaha mana pun aku
berjaya manapun hidupku
bagus mana pun personalitiku
hebat manapun wajahku, badanku
dia tetap tak akan pernah mencintaiku.

cinta ini membunuhku
tapi, aku tetap melayan ia
kerna aku benar-benar mencintainya
aku sangat-sangat mencintainya
walau akhirnya, aku merana, hatiku rasa sakit
teramat sakit, lemas rasanya jiwaku.

Ulasan

Catatan Popular