~dia~

lelaki itu tidak mahu merasai cinta sejati
kerna dia tidak mahu lupa
akan keperitan cinta yang tak berbalas
yang pernah hatinya rasai...
dia tidak mahu lupa rasa seksa itu
kerna itu di kala ini, di masa ini
dia hidup tanpa pencarian cinta
malah mungkin, dia tidak akan bernikah
buat selama-lamanya...
rasa seksa yang ada di hatinya
adalah tanda bahwa dia benci akan dirinya
dan, rasa benci itu tidak mahu dia buang
kerna, dia mahu rasai itu selama-lamanya
sebagai caranya ingat akan curse nya
kerna mencintai, kerna jatuh cinta
terhadap sang pari-pari terindah di matanya.
dia tidak mahu lupa rasa seksa cinta
kerna mencintai sang pari-pari itu...

dia benci akan pencarian cinta sejati
kerna ia bermakna bahwa dia akan lupa
keperitan mencintai sang pari-pari itu.
dia benci akan sebuah percintaan sejati
kerna ia bermakna kegembiraan cinta
bakal melupakan hatinya akan keperitan cinta
yang pernah dirinya rasai, lalui.
dia mahu pendam rasa seksa cinta
selama-lamanya, sehingga akhir hayatnya
agar dia tidak lupa, agar dia sentiasa ingat
bahwa dia benci akan dirinya sendiri
kerna tidak sedar diri mencintai sang pari-pari itu
dan kerna, dia berharap cintanya dibalas.
dia anggap, dia layak untuk membenci dirinya
kerna berani mencintai sang pari-pari itu.

dia benar-benar benci akan pencarian cinta lagi.

Ulasan

Catatan Popular