~persona rekaan~

katanya:

mungkin
aku mencintai seseorang
berdasarkan idea tentang dirinya
yang aku reka dalam mindaku
bukan tentang dia yang sebenar-benarnya.
aku merana kerna idea tentang dirinya
bukan kerna dia yang sebenar-benarnya.
aku terbodoh, kerna tidak mahu sedar
bahwa dia itu sekadar persona
yang direka oleh hati yang buta.
dia yang aku kenal itu
bukanlah dia yang sebenar
tapi sekadar idea yang mindaku reka
untuk dirinya, tentang dirinya.
maknanya, cinta yang ada di hatiku ini
bukanlah cinta terhadapnya
tapi cinta terhadap wanita
yang ada dalam mindaku
bukan wanita yang dia itu
walaupun mereka berwajah sama.

aku mencintai hasil idea tentang dirimu
aku berduka hasil idea tentang dirimu
jiwaku merana hasil idea tentang dirimu
dan, aku terbodoh, kerna tidak mahu
menerima kenyataan itu
aku terbodoh, kerna pilih mahu tidur kembali
setelah sedar akan semua kenyataan itu.

Ulasan

Catatan Popular