~seksanya kebodohan ku~
katanya:
ini rasanya
sentiasa mencintai wanita
yang tidak akan pernah membalas cintaku.
sentiasa, lagi dan lagi
hatiku merana kerna mencintai
seseorang yang tersangat mustahil
membalas cintaku kembali.
andai sentiasa merasai duka cinta
akhirnya, diri berhenti mencari cinta
kerna takut, rasa seksa datang kembali.
...
di kala ini, di waktu ini
dia masih memilih mencintai wanita itu
walaupun dia merana, jiwanya merana
kerna, dia tidak mahu lari lagi dari cinta
biarlah hatinya diseksa lagi dan lagi.
dia masih memilih mencintai wanita itu
tanpa ada usaha pudarkan cinta dari hatinya
kerna dia benci untuk kalah lagi
kerna dia benci untuk lari lagi
kerna dia takut relapse kembali.
Ulasan
Catat Ulasan