~salahku~

katanya:

tidakku tahu
mana yang lebih menyeksaku
sebuah kemurungan psikologi
atau duka mencintai
atau gabungan dua-dua itu.
tapi, duka cinta yang aku rasai kini
benar-benar telah mengalahkan rasa seksa
cinta yang aku rasai dahulu
kerna di kala ini, aku dah mula
takut akan duka cinta ini
ia bagaikan jiwaku meronta-ronta
ia menakutkanku, kerna
ia jiwaku tidak tenteram
kewarasanku tercabar
mahu ia teriak lara
andai aku memikirkan cinta

ini padahnya, ini hasilnya
apabila aku dah terlalu mencintai

Ulasan

Catatan Popular