catharsis-nya
katanya:
para insan perlu berterima kasih
kepada kekasih Allah
iaitu Rasullullah saw...
kerna baginda membawa islam
baginda bawa syariat dan hakikat
sebagai cara penawar derita insan.
di kala jiwa derita sepi dan sunyi
batin syahdu, ia mahu anarki
hati menderita, kerna ia kekosongan
psikologi rosak hasil tragedi hidup
akal kelam dirosakkan industri
zahir lemah mangsa kapitalisme
identiti diri menjadi krisis moden
perkara sia-sia sekadar ubat ilusi
pengumpulan material bawa derita
konsumerisme ilusi berbahagia
pencarian jodoh sekadar derita
sosial sekadar mengisi sementara jiwa
asyik sendiri di penghujung malam...
semuanya akhirnya, sumber derita
memberi derita setelah bahagia palsu.
di kala semuanya memberi derita
islam dan insan, adalah penawar real
rohani penyelamat jiwa yang derita
syariat memberi insan bahagia hidup
tasawuf melatih jiwa tidak rasa sunyi.
Ulasan
Catat Ulasan