erti bahagia mereka
dia itu
setelah dunianya menjadi luas
dia tidak ingin lagi kembali
ke dunianya yang dulu, yang sempit.
dia berbahagia di dunianya
yang telah luas dan terbuka
tidak lagi dia mahu merindui
dunianya yang dulu, yang tertutup.
dia itu pula
setelah dunianya luas terbuka
setelah dia melihat luas dunia
dia ingin kembali ke dunianya
yang lama, yang tertutup
meninggalkan dunianya yang luas
dia mahu pilih tinggal dan hidup
kembali ke dunia asalnya
yang sempit, yang tidak luas
katanya dia lebih bahagia di situ
berbanding di dunianya yang luas.
manusia memang berbeza-beza
ada yang hidup bahagia
setelah mengetahui banyak perkara
ada pula yang rasa kosong
setelah banyak informasi di akalnya.
Ulasan
Catat Ulasan