sekadar pergerakan zarah
katanya:
Emosi dan perasaan dikatanya
Adalah permainan zarah-zarah semata.
Maka, ia bisa digodam para pakar
Boleh memberi emosi gembira
Tanpa perlu mencarinya di luar sana.
Psikologi suram depresi bisa digodam
Pelbagai dadah penawar kekosongan
Memberi kegembiraan tanpa perlu
Pencarian kerohanian dan sosial.
Badan bagaikan permasalahan teknikal
Diabaikan kewujudan jiwa dan roh
Akan peranan roh dalam kehidupan.
Pelbagai masalah kesihatan insan
Diihat dari perspektif zahir semata-mata
Maka, andai psikologi bermasalah
Hanya diterangkan dari segi teknikal
Ia katanya ketidakseimbangan kimia
Dalam tubuh si manusia moden semata.
Andai hormon, neural network,
Juga neurotransmitters
Bisa memberi perasaan subjektif
Dan, ia boleh menerangkan tepat
Dari perspektif pergerakan zarah
Semata-mata, tanpa peranan zahir
Perihal pelbagai permasalahan emosi
Maka, adakah ada dadah yang bisa
Membuatkan manusia tak perlu lagi
Merasai derita kerna emosi cinta?
Bisakah dikau manipulasi biochemical ku
Agar jiwa ini tak perlu lagi terseksa
Kerna pelbagai derita kehidupan?
Biar aku hanya rasai gembira
Dari pelbagai ubat godam kimia
Tanpa perlu pencarian kerohanian
Dan sosial persekitaranku...
Ulasan
Catat Ulasan