curse
katanya:
Rasa kegembiraan itu bagaikan curse
Jiwa ingin, terlalu ingin merasai ia selalu
Dicari ia tanpa jumpa secara kekal
Tapi, ia hilang sepantas ia dijumpai.
Emosi gembira digilai oleh para manusia
Ia itu dicari di mana-mana, setiap waktu
Tanpa coba hidup memerhati perubahan
Pelbagai emosi yang datang dan pergi.
Rasai ia, kegembiraan yang dicari
Mahu mengubah rasa kekosongan
Tapi, ia kelakar... kekosongan kembali
Walau kegembiraan digenggam erat.
Kegembiraan hilang diganti kekosongan
Lagi dan lagi... begitu juga sebaliknya.
Mungkin, andai hati tahu erti emosi
Andai hati dan jiwa tahu asal usul
Datangnya kepuasan dan kegembiraan
Andai jiwa tahu akan ilusi pencarian
Ilusi akan kekekalan sebuah emosi
Manusia bisa lupa akan craving for more
Dan hidup at the present moment
Tapi, ia tersangat susah, ia mustahil
Kerna manusia digari jiwanya
Dipenjara mindanya, juga kalbunya
Dengan memori di waktu silam
Dan harapan di kemudian hari.
Manusia takut akan penyesalan
Maka itu, hidup sibuk dalam memori
Dan kejar akan pelbagai harapan
Dan, lupa perihal akan masa kini.
Ulasan
Catat Ulasan