wujudnya roh
katanya:
Andai jiwa dan roh itu tak wujud
Jadi apa yang merasai kerohanian
Adakah badan zahir semata-mata
Adakah biochemical semata-mata
Adakah neural network semata-mata?
Andai manusia hanyalah jasad semata
Tanpa diterima kewujudan insan
Jadi, dari mana datangnya emosi
Adakah dari permasalah biochemical
Adakah dari pergerakan hormon semata?
Andai jasad semata diterima wujudnya
Menolak wujudnya alam kerohanian
Jadi, dari mana datangnya emosi spritual
Adakah juga dari pergerakan hormon
Adakah dari biokimia badan semata?
Andai kewujudan roh ditolak wujudnya
Dan manusia sekadar jasad zahir
Jadi, apa yang merasai rasa rohani
Adakah dari neurotransmitter semata
Adakah kerna hormones semata?
Andai hanya empirikal yang wujud
Menolak wujudnya roh dan jiwa
Jadi apa yang merasai cinta
Adakah sekadar neurological process
Adalah sekadar zahir semata-mata?
Bila kita berkata perihal 'manusia'
Kita maksudkan makhluk itu
Bukan sekadar 'animal' semata
Bukan sekadar 'jasad' semata
Tapi, ia termasuk 'insan'
Ia termasuk jasad dan roh
Yang ada zahirnya dan batinnya
Dan batin itu bukanlah merujuk
Kepada neural network, hormones
Atau Neurotransmitters
Kerna tiga-tiga itu juga adalah zahir
Ia termasuk dalam makna jasad.
Andai puas mengetahui jasad zahir
Melalui pelbagai sains moden;
Psikologi, fizik, biologi, neuroscience
Dan pelbagai lagi ilmu zahir yang ada
Maka, coba pula sibukkan hati
Perihal sains roh, rohani, jiwa
Dalam bidang ilmu batin;
Tasawwuf, metafizik sufi, syair sufi.
Dan, akhir sekali coba dikau
Integrasikan-harmonikan dua ilmu itu.
Ternyata ia tersangat susah kerna
Ia kelihatan seperti subjektif
Dan, dianggap ia pseudoscience
Oleh majoriti scholar timur dan barat;
Oleh para ahli ilmu zahir moden.
Dan, apa yang paling tersusah adalah
Kuasai dua-dua ilmu itu secara tepat.
Mungkin terbaiknya adalah
Diamkan zahirmu dan mulutmu
Dan biarkan jiwamu menari sirna
Dalam lautan yang luas tak terpinggir
Coba mencari dan rasai real cinta.
.
The mind says there is nothing beyond the physical world; the HEART says there is, and I’ve been there many times.”
~ Maulana Rumi
Ulasan
Catat Ulasan