Cerita si dia (08.09.2014)

Disaat hati gembira,
perkara sedih datang,
disaat hati sedih,
perkara gembira datang,
disaat kegembiraan dirasakan,
hati mencuba untuk menyedihkannya,
tetapi yang lebih menyakitkan,
apabila kesedihan, kekecewaan datang kerana masyarakat,
dan semestinya datang dari kelemahan diri sendiri,
disaat itulah hati ini,
hati mencuba untuk rasa gembira,
untuk memalsukan kesedihan,
untuk melupakan realiti,
untuk melarikan diri dari kenyataan,
hati disedapkan dengan harapan,
harapan yang diharap menjadi kenyataan,
takut sekadar tinggal harapan,
adakah harapan itu yang menggembirakanku,
atau harapan itu yang menyedihkanku,
wahai harapan,
adakah kau bersamaku ketika aku sedih?
Kalau begitu berilah aku kegembiraan yang kau tidak palsukan,
agar aku tidak menangis kerana kau,
kesakitan kerana perasaan yang menyebabkan harapan hanya tinggal harapan.

Wahai diri,
adakah kau rasa perubahan,
atau perubahan itu hanyalah sebuah realiti palsu,
palsu dan menjerumuskan kau kedalam kehinaan,
kehinaan yang dibuat manusia,
dan lebih teruk ketika sebuah pandangan,
dipandang orang berlainan dengan setiap insan,
sebuah pandangan kehinaan....
Kenapa manusia seperti itu....?

Ulasan

Catatan Popular