Pemerhatian (12.09.2014)

Benarkah masyarakat itu menilai seseorang itu,
berdasarkan jenis buku yang dibacanya,
atau baju yang dipakainya,
atau lagu yang didengarnya?
Adakah cukup menilai seseorang itu berdasarkan buku yang dibaca olehnya?
Adakah mereka tahu apa pengalaman yang dilaluinya,
sehinggakan dia membaca buku tersebut?
Tahukah mereka apa yang dilaluinya sehingga dia mendengar lagu seperti itu?
Atau itulah masyarakat,
di mana mereka akan menilai karakter seseorang berdasarkan,
apa yang mereka lalui?
Mereka menilai seseorang itu berdasarkan pengalaman mereka sendiri,
benarkah?
Dengan menggunakan alasan belajar daripada sejarah?

Kenapa?
Kenapa kau melayan individu seperti itu?
Adakah kau membenci individu?
Atau kau dengki akan individu tersebut?
Di mana individu itu ada keupayaan untuk kalahkan kau?
Kalah?
Kenapa kau wujudkan minda itu ?
Menang dan kalah hanyalah permainan individu?
Tetapi mungkin menang dan kalah itu berbeza maknanya
seandainya ia dibandingkan maknanya oleh pandangan masyarakat
dan sekadar pandangan individu....
Kerana individu itu telah diajar dari kecil bahawa
kejayaan itu adalah pandangan masyarakat bukannya pandangan individu...
Bezanya pandangan oleh masyarakat dan individu...
Di mana pandangan itu boleh menyebabkan seseorang anti social itu bertambah anti social,
dan mereka mungkin akan disalah ertikan oleh masyarakat,
dan seterusnya kejayaan sesebuah mansyarakat itu terbantut,
benarkah?
Atau persoalan fantasia ini sekadar persoalan sebagai alasan
fantasi kepada realiti?
Di mana tulisan itu dinilai berdasarkan pengalaman si pembaca
bukannya oleh pengalaman si penilis.......
 

Ulasan

Catatan Popular