Pengalaman
Mereka kata pengalaman itu sebagai pengajaran,
kalau ada seseorang katakan bahawa,
"aku tidak mahu pengalaman itu",
"kerana ianya sakit... sakit",
Pengalaman,
Adakah pengalaman itu sebuah pengajaran?
Atau sebuah kesakitan?
Pernah pengalaman mengajar si dia erti sakit,
tetapi sakit itu kerap berulang,
kenapa dia tidak belajar dari pengalaman?
Adakah pengalaman yang bisa kosongkan kesakitan?
Tetapi benar kesakitan boleh mengubah manusia,
pengalaman mematangkan manusia,
matang?
Kenapa matang itu adakalanya menyakitkan?
Kenapa ada kalanya kau tidak mahu merasakan perasaan matang?
Tetapi dengan kematangan itulah,
si manusia berubah semuanya,
pandangannya, falsafahnya, karakternya, hatinya,
perubahan yang bakal menaikkan ataupun menjatuhkannya,
mungkin seandainya manusia itu tahu erti sakit dan ubah..
Seandainya dia tidak tahu?
Tahu tentang apa?
Tentang erti yang tidak boleh diertikan melalui pembacaan,
tetapi pengalaman yang hanya dapat mendefinisikannya,
ada benda yang perlu dirasai sendiri,
barulah kau tahu apa yang kau perlu tahu....

Ulasan
Catat Ulasan