Tulisan si penulis (08/09?2014)

Kisah sebuah tulisan yang hanya bisa ditafsirkan melalui sebuah pengalaman yang dirasai,
bukannya hanya tafsiran akal tanpa melaluinya,
sebuah tulisan yang mencari apa yang hilang,
sekadar tafsiran melalui pengalaman dan difahami mungkin berbeza untuk semua manusia...

Andai kata pengalaman itu adalah ilmu,
adakah pengalaman itu boleh didapati apabila si dia membaca kisah orang lain?
Adakah pengalaman itu sama tafsiran untuk si penulis dan si dia?
Atau si dia sekadar meniru fikiran si penulis agar dia memalsukan bahawa dia memahami tulisan itu?
Tulisan di mana pengalaman menjadi saksi dan perasaan yang menyambut suasana
yang menggembirakan atau menghibakan,
dan si dia dengan suka hatinya mencuba untuk menafsirkannya....
Sekadar tafsiran yang boleh menggembirakan dan mungkin juga menghibakan...
Tetapi, terima kasih kerana sudi menafsirkannya...
Bak kata pepatah si kaki post facebook

You know my name, but not my story.....

Andai kata pengalaman itu adalah ilmu,
adakah hanya dengan membaca buku maka kita tahu rasanya pengalaman tersebut?
Adakah dengan buku maka kita memahami pengalaman tersebut?
Mungkin boleh dan mungkin tidak boleh...
Apa pilihan kau?

Andai kata si pembaca memahami si penulis,
andai kata si pembaca merasakan buku itu seperti cermin yang memantulkan karakter dalamannya,
yang mana karakter tersebut dia tidak tahu bagaimana untuk keluarkannya,
adakah benar buku itu adalah cermin untuknya?
Adakah benar si pembaca itu adalah bayangan untuk si penulis?
Atau adakah benar si penulis itu umpama bayang untuk si pembaca?
Persoalan dihasilkan dengan mengalirnya tenaga elektrik di sekitar neuron,
adakah cahaya itu memahami si bayang-bayang yang dihasilkan untuk objek?
Adakah bayang-bayang yang dihasilkan itu ada hubungannya dengan sumber cahaya?
atau,
cahaya itu tidak menghasilkan bayang-bayang,
dan bayang-bayang tidak perlukan sumber cahaya untuk wujud,
dan bayang-bayang itu dilupakan.....

Andai kata sebuah buku itu cermin bagi si pembaca,
andai kata melalui cermin itu si pembaca boleh melihat dirinya sendiri,
adakah si pembaca akan tetap menganggap bahawa objek di dalam cermin itu adalah pantulan dia?
Bagaimana sekirannya cermin itu kabur dan si pembaca menganggapnya sempurna?
adakah dia akan menghasilkan konklusi di mana,
dia memikirkan bahawa dalamannya sama dengan apa yang si penulis hasilkan dalam karyanya?


Dan akhirnya sebuah penyataan dikeluarkan

I know how you feel.....

Adakah ia sebuah fakta atau persoalan?

















 

Ulasan

Catatan Popular