Aku benci sistem ini

Ilmu yang aku tuntut hari ni, tidak menjanjikan aku bakal gaji berpuluh ribu...
Ilmu yang aku baca pun tidak menjanjikan aku bakal gaji berpuluh ribu...
Ilmu yang aku cintai pun sama, tidak menjanjikan aku akan kerja di tempat yang hebat...
Ilmu yang aku usahakan untuk capai pun tidak menjanjikan aku bakal mencapainya, kerna sepertinya minda dan hati aku tidak mampu menawan keindahannya..
Ilmu yang membuatkan aku gembira juga tidak menjanjikan aku bakal berjaya di dunia kapitalis ini...
Ilmu ini yang aku sayang sangat, sepertinya bakal menyedihkan aku kerna aku seperti tidak mampu mendapatkan cintanya.....
Apa yang perlu aku lakukan sekarang?
Belajar untuk melatih diri agar bisa mendapat kerja yang bergaji tinggi?
Belajar untuk menguasai softskill agar  majikan bakal memilih aku untuk bekerja?
Atau, teruskan apa yang aku lakukan sekarang? Tapi, apa yang aku lakukan sekarang sangat mengecewakan. Aku anti social, introvert, tidak mengikuti mana-mana program universiti, tidak pandai memimpin, tidak pandai handle mesyuarat, sedangkan nak hadiri mensyuarat pun aku malas, tidak pandai bergaul, tidak pandai bersosial, dikatakan aku ini sombong, aku ini pendiam, tidak berguna, baca buku banyak tapi aku ini macam sampah dan seumpamanya.. apa yang aku harus lakukan sekarang?  Secara jujurnya, aku suka apa yang aku buat sekarang. Baca buku, cari ilmu yang aku minat tanpa memikirkan masa depan pekerjaan. Aku tidak suka belajar memimpin walaupun perkara itu penting. Aku tidak suka belajar berkomunikasi walaupun perkara itu penting. Aku tidak suka membuat apa-apa program atau mengikuti mana-mana program yang aku tidak minat, walaupun semua itu penting.... Aku tidak suka bekerja, aku hanya nak bercinta dengan ilmu, kerna sepertinya ilmu memberi aku kegembiraan yang tidak pernah aku rasai sebelum ini. Walaupun adakalanya aku bersedih kerna sepertinya ilmu itu tidak mencintai aku, mungkin sebab hati dan minda aku ini banyak dosanya.
Aku malas nak hidup. Aku malas nak masuk perlumbaan yang bakal merosakkan hati aku. Hati aku lemah kerna dah terlalu banyak dosa yang aku telah lakukan. Apatah lagi aku takut masuk dalam masyarakat kerna aku takut aku tidak boleh mengawal hati aku daripada ego, jasad dengki, cemburu dan seumpamanya..
Aku tidak mahu hidup dalam dunia moden ini, aku nak berkurung di dalam bilik aku...
Aku tidak mahu hidup di dunia kapitalis ini, kerna semua ini menyakitkan...
Aku tidak mahu menuntut ilmu kerna nak bekerja dan bergaji berpuluh ribu ringgit.
Aku tidak mahu ikut perlumbaan dunia moden,
Aku tidak mahu aku belajar hanya kerana bimbang mengenai masa depan....
Aku hanya nak bergembira bersama-sama dengan mereka yang aku sayangi, tapi, semua itu perlukan duit..
Tolong aku,
aku terasa seksa dengan semua ini,
aku nak bunuh diri,
tapi, itu dosa,
aku tak nak hidup,
tapi aku sayangkan keluarga aku,
dan aku perlu hidup untuk menyayangi mereka.
Tolong aku,
hati aku terasa sakit.
Aku tak nak hidup di dunia moden ini,
tapi semua itu mustahil...
Adakah aku perlu berubah,
dan meninggalkan aku yang ini..
Berubah.... tidak lagi membaca buku yang aku suka,
tidak lagi membaca buku yang tiada kena mengena dengan penambahan kelebihan aku untuk digunakan dalam kapitalis...
Adakah aku perlu simpan semua buku aku? 
Tolong aku,
aku dah lama berputus asa untuk hidup,
cuma ilmu yang aku dapat ketika membaca,
adakalanya memberi aku harapan,
tapi aku tidak tahu,
sama ada harapan itu palsu atau tidak.
Tolong aku,
aku seperti tidak layak untuk hidup di zaman ini,
aku tidak layak hidup di era kapitalis ini,
di era materialist ini..
Tolong aku,
sepertinya hati dan minda aku dah rosak.
Tolong aku.....
Tidak sangka menjadi dewasa ini menyakitkan,
apa lagi realiti aku berbeza dengan fantasi aku...
Aku rasa sakit, rasa seksa, kosong, tiada harapan , give up, fed up....tapi aku kan ada buku yang menemani aku.... tapi..... aku takut suatu hari nanti aku bakal meninggalkan buku dan ilmu, kerna aku menganggap semua itu sia-sia kerna semua itu tidak mendatangkan keuntungan materialist aku.....
Aku pening dengan semua ini..
Aku nak lari dari semua ini...
Aku cinta ilmu, tapi sepertinya ilmu tidak membalas cintaku...mungkin aku ini dah terlalu banyak melakukan dosa... dan aku juga malas berusaha bersungguh-sungguh untuk menunjukkan cinta aku kepadanya...
Aku bingung dengan permainan minda ini..
Aku rasa aku nak abaikan ilmu ini..
falsafah, fizik, sains,matematik...
Dan belajar untuk menjadi penyambung ekonomi yang berwawasan....  tidak salah kan?
Ya, tidak salah untuk sambung ekonomi, tapi,bagaimana dengan mereka yang seperti aku... yang tidak mahu bekerja, hanya mahu menuntut ilmu sehingga menjadi pakar tanpa memikirkan masalah kapitalis dunia..?
Aku sedih kerna aku bodoh, aku tidak sedih kerna tiada kelebihan softskill, aku sedih kerna aku bodoh....
Aku sedih kerna aku tidak boleh menjadi intelektual...tidak boleh menjadi intelegensia, aku sedih kerana aku hanya mampu menjadi penyambung ekonomi...
Aku tak nak hidup di dunia realiti ini...
Kalau seperti inilah pemikiran aku, mungkin aku bakal menjadi anarki, dan menjadi jahat.....
Apa yang perlu aku lakukan sekarang?
Commit suicide?





Ulasan

Catatan Popular