Pesanan

Aku membaca artikel Adi Setia yang bertajuk Kalam Jadid, Islamization and the worldview of Islam:Operationalizing the Neo-Ghazalian, Attasian Vision. Dalam artikel itu ada tertulis ayat seperti ini:

"O youth, how many night have you remained awake repeating science and poring over books and have denied yourself sleep. I do not know what the purpose of it was. If it was attaining worldly ends and securing its vanities and acquiring its dignities and surpassing your contemporaries and such like, woe to you and again woe."

Dimana rujukannya adalah daripada
al-Ghazali, Ayyuha al-Walad, trans. G. H. Scherer, O Disciple (Beirut : American Press, 1932), 57.

Pendapat saya, ayat itu perlu ditafsir agar tiada manusia yang akan salah faham. Tidak salah hendak belajar sains cuma niat mesti benar, kerna era moden ini sangat mementingkan sains, kerana dengan sains, manusia boleh memajukan diri melalui kemajuan teknologi hasil pembelajaran sainsnya. Ingat niat mesti benar, bukan kerna hendak mempertahankan kejahilan sains, untuk mendapatkan populariti, untuk mendapatkan habuan materialdan juga bukan untuk mengalahkan siapa-siapa..... belajar sains kerna suka.....

Pesanan aku kepada diri aku kini dan masa akan datang.

Ulasan

Catatan Popular