Shadow
Wahai semua, boleh tak anggap aku ini tidak wujud..... kerna aku ini lain daripada the majority, aku ikut the path of minority.. aku ini unfit in the majority system, minda dan hati aku dah lama rosak, aku tidak sesuai dan layak untuk masuk ke dalam sistem kapitalis, aku tidak boleh menerima tujuan universiti moden, aku tidak boleh menerima pemikiran yang menjadikan manusia hamba kepada manusia lain, aku tidak boleh menerima sistem yang hanya membuatkan manusia menjadi seperti robot..... please anggap aku tidak wujud, sekadar anggap, atau dalam ayat lain, anggap aku ini sekadar bayang-bayang... kerna aku takut, disaat korang sedar kewujudan aku, korang bakal mengomen cara hidup aku, kerna cara hidup aku lain daripada manusia lain, lain daripada majoriti, lain daripada cara hidup mahasiswa moden...lain daripada logic manusia moden... please anggap aku sekadar bayang-bayang yang tidak berguna, bayang-bayang yang tidak sesuai untuk dijadikan kawan, kerna berkawan dengan aku bakal merosakkan korang, cukup sekadar kita kenal nama sahaja. Jangan rapat dengan aku, kerna aku takut aku bakal menyakitkan hati korang dengan kebodohan minda aku, aku minta maaf kerna aku seperti ini. Hati dan minda aku rosak, dan sekarang ini aku cuba memperbaiki hati dan minda aku, sebab itu aku lebih suka seandainya aku ini korang anggap sekadar bayang-bayang yang tidak mendatangkan faedah, kerna aku takut, seandainya korang sedar kewujudan aku, korang bakal mengomen cara hidup aku, dan aku pula bakal mengomen cara hidup korang....dan aku bakal menyakitkan hati korang... aku tidak kisah seandainya korang komen cara hidup aku, tapi aku takut anarki bodoh aku keluar, dan menyebabkan aku menyakitkan hati korang... aku tak nak menyakitkan hati sesiapa apalagi hati kawan aku, tapi seandainya kewujudan aku korang sedari, korang akan mula komen cara hidup aku....
Korang boleh mengomen cara hidup aku, dan aku mungkin hanya berdiam diri, tapi, ingat, di saat hidup aku dikomen, minda dan hati aku rasa terseksa, minda dan hati aku sangat sakit, kerna di saat korang komen cara hidup aku, anarki yang ada di dalan hati dan minda aku mula melemaskan aku, dan bermain di dalam lautan fikiran aku, dan di saat anarki aku bermaharajalela di lautan itu, diri aku mencuba mengawal semua itu agar aku tidak keluarkan melalui mulut aku, kerna aku takut, seandainya suatu hari nanti, diri aku tidak boleh mengawal anarki itu, dan anarki itu bakal aku keluarkan melalui mulut aku, dan aku akhirnya bakal menyakitkan hati korang... aku tidak mahu menyakiti hati korang, kerna aku tahu apa rasanya apabila cara hidup dikomen.
Aku minta maaf kerna aku seperti ini.
Dan, please anggap aku ini tidak wujud atau sekadar bayang-bayang yang tidak berguna. Aku takut hati dan minda aku tidak boleh meninggalkan kearnakian itu, apabila kewujudan aku disedari.
Minta maaf kerna aku wujud di depan mata korang... minta maaf kerna i am nothing....
Dan.........
Ulasan
Catat Ulasan