Aku penat

Aku penat nak senyum di saat aku merasai pain, tapi aku tetap senyum, kerna aku tidak mahu kelemahan aku diketahui mereka, kerna kelemahan itu bisa menjadi senjata berguna mereka untuk menyerang aku di masa depan.

Aku penat nak ketawa di saat aku kalah melawan demon yang ada di dalam hati aku, tapi aku tetap ketawa kerna aku harap ketawa itu boleh mengalahkan demon itu, tapi akhirnya ketawa itu hanya sementara, dan ketawa itu sekadar senjata ilusi untuk melawan demon yang ada di lautan minda dan hati ini. Mungkin demon itu ilusi, tapi aku ini real, maka demon yang ada di dalam hati dan minda aku juga mesti real.

Aku penat nak bersosial di saat hati aku hancur kerna merasai kegembiraan pain, tapi aku tetap bersosial, kerna hati ini menasihati minda agar bersosial, agar aku boleh jumpa seseorang.... seseorang yang bakal membantu aku melawan demon itu.... tapi akhirnya, semua itu palsu... hati belajar bahawa hanya aku seorang sahaja yang mampu membantu aku kerna aku seorang sahaja yang faham demon itu.... tiada manusia sosial aku mampu membantu aku melawan demon itu, mereka hanya sekadar menguatkan demon itu sahaja.

Aku penat nak teruskan usaha aku, tapi aku tidak tahu mengapa aku tetap teruskan usaha itu. Mungkin, itu sahaja yang aku mampu buat.
Aku melawan demon itu dan aku temankan blog ini, sama ada aku kalah atau menang melawan demon itu, dan aku tuliskan semua itu kerna blog sahaja teman aku, yang sudi mendengar tanpa dia tafsir aku secara opinion.

Aku penat nak berlakon peramah, tapi aku tetap peramah, walaupun ada kalanya aku tidak peramah. Aku peramah, kerna aku laksanakan amanah sosial aku. Tapi, aku lebih suka bersendirian berkurung di dalam bilik, membaca sambil melawan demon itu, tapi akhir-akhir ini, aku mengambil keputusan untuk tidak membaca kerna membaca telah menyebabkan aku suka berkhayal dan melupakan amanah universiti kapitalis aku. Aku ambil keputusan untuk tidak membaca dan mula belajar programming kerna programming aku gagal  dan telah menyusahkan kawan-kawan aku dalam projek berkumpulan. Aku abaikan falsafah untuk sementara waktu. Aku abaikan buku untuk sementara waktu dan aku berharap minda aku juga boleh melupakan buku buat sementara waktu dan menumpukan perhatian ke dalam bidang programming. Tapi, bolehkah aku melawan demon dengan programming?

Aku tidak tahu nak lakukan apa lagi, aku juga malas nak berusaha dan meneruskan perjuangan aku nak islamkan ilmu sains dalam bidang sains sebagai idea. Aku bodoh, dan bodoh dan bodoh. Tanpa gifted dan semangat juga semakin hilang. Dah tiba masanya aku terima diri aku. Biar aku terluka asalkan jangan keluarga aku terluka. Biar aku menjadi hamba kapitalis secara terpaksa andai kata semua itu aku tidak boleh lari. Aku terima... dan terima... dan dah tiba masanya aku lupakan impian aku... sakit atau tidak... kerna lebih sakit andai kata aku tidak sedar lebih awal.

Apa yang aku nak buat di atas bumi ini? Macam mana aku nak survive dalam sistem kapitalis ini? Kenapa aku mempersoalkan kapitalis sedangkan aku ini bodoh? Kenapa aku nak islamkan ilmu sedangkan aku ini sampah? Biarlah mereka sahaja yang berusaha ke arah itu dan aku hanya diam memerhati dari jauh. Ya, aku harus diam dan diam dan diam, walaupun aku memang seorang yang pendiam.

Aku nak tahu siapa aku ketika aku berumur 27 tahun. Adakah aku masih melayan kegembiraan pain ini ditemani blog bersendirian di lautan realiti ini? Siapa aku di saat itu? Adakah masih sampah atau aku memang tetap sampah?

Aku rasa pain,
air mata tidak jatuh,
kerna mata penat,
hanya hati yang menangis,
kerna tidak mampu melawan demon pain itu,
minda suruh hati agar gembira merasai pain,
tapi akhirnya minda juga terasa pain,
hasil kekalahannya terhadap demon pain itu.

Aku rasa pain,
dan pain itu seperti tidak berkurangan,
aku cari penawar,
pain yang aku jumpa,
aku mencuba penawar lain,
ilusi penawar rupanya,
aku jumpa penawar sebenar,
tapi hati aku dah lama rosak,
minda aku dah lama rosak,
penawar itu hanya sementara sahaja.
Aku tidak tahu bagaimana nak kekalkan penawar itu,
dan aku seperti dah give up...
Mungkin,
dan aku juga masih berusaha memahami penawar itu,
walaupun dalam perasaan give up,
walaupun rasa malas, sakit, seksa,
melawan demon pain ini.
Aku mencuba memahaminya,
tapi sepertinya aku tidak dapat memahaminya.
Aku penat,
rasa pain,
rasa kosong,
rasa seksa,
rasa kecewa,
rasa sedih....

Aku penat memandang aku yang ini,
aku penat memandang aku di dalam cermin,
aku penat mencuba memahami penawar itu,
tapi, aku tahu, aku mesti berusaha walaupun berusaha dalam keadaan melawan  demon itu.

Aku tahu yang aku ini belum give up lagi,
sebab aku masih meneruskan hidup...
Tapi benarkah aku tidak give up....?

Sekarang dah pukul 2.20 am. Aku makin malas nak study. Kenapa aku rasai semua ini? Kenapa minda aku boleh memgkhayal ketika di dalam kelas? Kenapa minda aku terbang ke lautan fantasi ketika belajar? Kenapa minda aku hanya fokus ketika membaca buku dan artikel sedangkan semua itu tidak masuk exam? Kenapa aku tidak semangat nak masuk perlumbaan manusia moden, hinggakan aku seperti tiada tujuan hidup? Tapi, adakah aku dapat tahu tujuan hidup aku andai kata aku mengikuti perlumbaan moden itu?

Mereka masih belajar dan aku masih
mengkhayal memandang bangunan farmasi. Aku terbang ketika mendengar lagu, menulis blog ini di saat hati kalah lagi kerna melawan demon itu. Apa aku ini? Kenapa perangai aku seperti sampah dan seperti aku ini penat dengan semua ini? Penat, tapi hati dan minda aku tetap berusaha melawan demon itu, bersendirian, tanpa senjata tanpa persedian yang sepatutnya.

Aku terbang dan terbang ke alam fantasi meninggalkan realiti aku...

Aku makin hancur di realiti ini, dan realiti itu aku abaikan dan aku berenang di lautan fantasi meninggalkan aku yang ada di realiti ini.... aku hancur dan hancur tanpa disedari sesiapa kerna itu yang aku nak.

Ulasan

Catatan Popular