Seperti biasa

Esok, exam midterm electricity and magnetism 2. Tapi, seperti biasa, kemalasan aku datang. Sebelum ini, hari rabu ada exam statistic physics 1, dan aku juga malas nak belajar. Aku tidak tahu mengapa dan kenapa, tapi aku benar-benar seperti malas nak buat semua itu. Aku fed up nak belajar, aku fed up nak teruskan semua ini, tapi, aku tidak boleh drop out, kerna aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan selepas aku drop out. Aku penat dengan pemikiran ini, tapi apakan daya, aku telah terfikir semua ini. Aku cemburu dengan mereka, cemburu dengan mereka yang berusaha bersungguh-sungguh mencapai, mengejar cita-cita. Aku cemburu dengan mereka.

Aku tidak tahu apa lagi yang perlu aku lakukan, tapi aku bukannya give up 100%. Berdirinya aku di sini, bermakna aku juga ada impian untuk dicapai, tapi entah kenapa, semakin hari, semangat aku semakin melemah dan aku seperti mayat hidup. Aku malas dengan semua ini, dan aku juga seperti nak tinggalkan impian aku kerna kebodohan aku, tapi, selepas melihat mereka yang berusaha bersungguh-sungguh, kerna mereka sedar bahawa mereka bukannya gifted, membuatkan aku bersemangat untuk teruskan berdiri di atas lautan pain ini.

Siapa aku, di masa 5 tahun akan datang? Siapa aku di  masa aku berumur 27 tahun? Ya, aku nak travel di seluruh dunia tanpa gangguan kapitalis... ya, itu impian aku, dan aku juga mahu impian yang ada di dalam hati aku, aku capai... tapi, aku tidak tahu bagaimana nak mulakan semua itu. Bukannya aku tidak bermula apa-apa, tapi sekarang ini aku hanya sekadar baca artikel, artikel sains dan agama. Artikel yang tidak akan masuk exam, dan aku terhimpit dengan pengaruh kapitalis keluaran kilang universiti berwibawa moden.

Aku tidak berusaha? Siapa cakap aku tidak berusaha...

Aku pemalas..? Ya, secara fizikal aku memang pemalas, tapi inside in my heart and mind, aku lawan demon, demon darkness... kerna hati ini telah lama belajar untuk merasai gembira melayan pain.. you know...it is FUN to feel a PAIN in this DARKNESS ocean. Dan, aku tahu rasa gembira ketika melayan pain itu salah, dan aku lawan demon untuk hilangkan semua itu.

Aku hilang di realiti, kerna sibuk melawan demon itu. Ada kalanya aku kalah dan ada kalanya aku menang. Tapi, aku tidak tahu mengapa sejak akhir-akhir ini aku lebih banyak kalah melawan demon itu. Mungkin pain di dalam hati ini sukar untuk dibuang dengan sekadar kemenangan ilusi yang aku mungkin ilusikan kemenangan itu di dalam hati. Demon itu mula berkata-kata, dan aku hanya mampu memukul kepala aku dengan tangan ini, kerna minda ini asyik berfikir. Aku penat berfikir, dan aku akan pukul kepala ini ketika minda mula berfikir. Aku penat dengan semua ini, tapi aku tidak boleh lari. Macam mana nak hilangkan pemikiran ini?

Aku makin hilang, dan aku hampir membunuh diri secara lemahkan semangat. Aku makin hilang.... Aku makin hancur.... Aku makin ditinggalkan.... Aku makin bersendirian.... Aku makin dihina.... Aku makin diumpat... aku makin hilang di lautan realiti ini.

Ulasan

Catatan Popular