Pagi
Sekarang pukul 7.12 pagi. Tak tidur dari tadi, sekadar melayan anime sambil melayan formula electric and magnetism 2, belajar sekadar chapter 2 dan malas meneruskan ke arah charter 1 dan 3. Mungkin sem ini aku bakal gagal dua subjek. Aku tahu aku bodoh, tapi aku malas juga nak belajar, aku tidak ada semangat untuk meneruskan usaha ini. Mungkin aku tidak mahu ambil master kerna aku tahu aku bakal jadi seperti ini andai kata aku teruskan pendidikan aku sehingga master dan phd.
Anime haikyuu season 1 aku sekadar tengok. Semangat ilusi naik dan turun sekiranya episode habis. Hidup ilusi aku yang aku suka daripada realiti ini. Lagu tokyo ghoul bermain sambil menulis blog tanpa lagi meneruskan pembelajaran untuk menjawap soalan exam 9.00 pagi nanti. Aku malas nak rasa lemas dan lemah. Aku tidak tahu apa lagi yang perlu aku lakukan. Demon di dalam hati ini dah bertambah kuat dan sepertinya minda dan hati aku bakal dijinakkan oleh demon itu. Aku bakal lemas sekali lagi. Apakan daya, aku selalu kalah melawan demon itu, demon ilusi yang aku reka di dalam hati aku...demon pain yang aku selalu salah anggap sebagai bahagia.
Ulasan
Catat Ulasan