Alu

Aku ini hancur....

Makin dia kenal aku,

makin dia jauh dari aku,

kerna aku ini rosak...

Aku dijauhkan,

dan aku menjauhkan sebelum dijauhkan,

ketahuan penulisan,

atau mungkin dia disuruh oleh si dia,

untuk jauhkan aku dari dirinya,

aku tahu itu bakal terjadi,

kerna aku tahu,

aku ini rosak.

Dia hilang,

tapi sejak bila dia muncul,

dan tanpa muncul,

hilang tidak akan menempa nama.

Dia menyuruh menjauhkan diri dari aku,

itu sekadar teori,

tapi, mata aku ada,

dan aku ada tiga tahun,

membaca karekter si bunga.

Si kumbang jauh disuruh bunga,

kerna shadow dibenci bunga,

kerna shadow sampah masyarakat.

Aku ini pendiam,

tapi aku latih mata aku untuk melihat,

melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata,

kecuali hati yang dapat melihat.

Aku tidak amalkan apa yang aku baca,

sama ada secara fizikal, hati ataupun minda.

Aku hanya amalkan di dalam mata aku sahaja.

Sebab itu aku membuat teori itu.

Tapi, aku mungkin tersilap... 

Kerna mungkin selain itu,

penulisan dan facebook ketahuan,

aku hilang,

makin hilang,

dalam lautan bayangan phantom.

Aku ini phantom,

lakonan shadow terhandal.

Aku dibenci dibelakang,

aku dibalas senyum di depan,

tapi mata aku membaca semuanya,

seperti buku yang ada di dalam sembunyian aku,

aku lemah dengan lakonan mereka,

tapi, aku juga lemah dengan lakonan aku...

Dia pilih suruhan dari kajian,

tapi, bagi aku,

lebih baik dia pilih suruhan,

kerna kajian tidak bakal memberi jawapan,

hanya jawapan berdasarkan pendapat sendiri,

aku dibenci oleh bunga,

kumbang turut serta,

dan aku pula lemas dengan teori ilusi ini,

tapi, apa lagi penerangan yang sesuai....

Aku hilang tanpa aku perlu muncul di depan dia......

Kerna aku yang tidak mahu muncul secara menjiwa,

hanya sekadar muncul fizikal tanpa jiwa...

kerna aku shadow....bayangan khayalan di kala malam hari.

Ulasan

Catatan Popular