Ini kisah dia
Hati seronok melayan pain, pain yang dianggap
sebagai darkness, darkness yang
membawa arah kekosongan jiwa, dan pendapat radikal menyentuh hatinya. Darkness itu dia layan seperti ‘kegelapan’,
lawannya monster jiwanya, mencari
sesuatu dalamnya. Sesuatu itu dicarinya, tanpa ikutan, macam majoriti, kerna
dia anggap, ikutan itu tidak menyentuh hatinya. Fitrahnya dikatakan hilang, dikatakan
rosak, dipengaruhi temannya yang ber-ilusi dalam khayalannya, menemaninya
dikala sendiri fizikalnya, dan dia dijauhi secara sembunyi........ dia sedar,
tapi, dia diam, sesuai untuknya, lakonan bodoh, sesuai untuknya, dan juga
lakonan - umpama dia di dalam dunianya sendiri. Dia terus mencari, dan mencari.
Tanpa kisah sekeliling, tanpa khayalan sekeliling, bersendirian kerna itu
kemahuannya. Dia dikatakan berteman darkness,
tapi dia sebenarnya mencari sesuatu di dalam darknesss. Dia perlu dihulur suluh,
agar, dia boleh melihat berteman cahaya, tapi, dia bukannya dihulurkan suluh,
tapi diberinya perkataan indah tafsiran moden, kata-kata indah, kawalan
kebahagian moden dunia, yang mereka anggap mendatangkan kebahagian, tapi,
akhirnya sekadar ilusi kebahagiaan baginya. Perkataan itu, dikatakan oleh
mereka, sesuai untuk semua manusia, majoriti atau minoriti, “object” atau “shadow”, zahir atau batin, si penyoal atau si pengikut, asbab atau
tajrid. Tapi, dia tahu, dasar pengalamannya, bahawa dia tidak memerlukan suluh
dari society, kerna, suluh itu
langsung, tidak berguna dalam kegelapan “darkness”
itu. Suluh dari awam itu, langsung tidak bisa digunakan, melawan monster
ilusinya. Dia perlu mencari seseorang guru, untuk mengajarnya erti bahagia,
tanpa dia perlu ikut, dalam urutan moden, kerna urutan itu tidak sesuai
untuknya. Mungkin sesuai untuk manusia lain, tapi dia, dia memilih jalan yang
ini, jalan yang dia tempuh, ketika hatinya melihat akalnya, yang penuh dengan
keilusian maklumat, maklumat yang menyamar sebagai ilmu, dan juga ketika
hatinya melihat dunia, dunia yang dipenuhi kepandaian society, tapi kehilangan kebijaksanaan society.
Dia mencari tanpa jumpaan. Dia hilang dalam
kegelapan. Hatinya merana dalam kekalahan jiwa monsternya, tapi...............
adakah dia perlu putus asa? Atau adakah
dia perlu menjadi monster suruhan jiwanya, agar hati anarkinya terkeluar, berserta
lagu, yang digubal liriknya, hasil pengalaman ilusinya, dikalahkan oleh monster
ilusi itu. Lagu darkness berteman anarki, lagu memberontak kerna kekosongan
jiwa, dikeluarkan dan dia berubah luarannya...dan juga berubah internal-nya. Dia fahami, apa yang
seseorang itu pernah katakan
‘ normal people have no idea, how
beautiful the darkness is.”
Dan,
‘Do they love you or the mask you put
on everyday?’
‘The difference between you and me is
that when you wake up your nightmare end.’
Dia juga fahami apa yang dimaksudkan oleh Friedrich Nietzsche, apabila dia katakan
“Whoever fights monster should see to
it that in the process he does not become a monster. Andi f you gaze long
enough into an abyss, the abyss will gaze back into you.”
Tapi, siapa
monster ilusi itu? Adakah dirinya sendiri atau .....dipolar disorder-nya...
yang dia sembunyikan, agar dia bisa lari dari realitinya? Mindanya bermain,
lupakan realiti fizikal, terjun ke arah lautan ilusi. Ilusi dia lihat
segalanya, fizikal dunia dia tafsir melalui ilusi itu. Di mana ilusi itu pula,
direka olehnya, kerna dia lemas dalam realiti dahulu. Dan, malang sekali,
dikala dia lari dari lemasnya realiti, dia pula lemas dalam ilusi rekaannya
sendiri. Dia makin dalam di ilusi itu, matanya terbuka, tapi, mata fizikalnya
tertutup, dia keliru dengan semua itu, mainan lagu bermain dia benaknya, dan...
akhirnya dia keliru... mana satu ilusi..dan yang mana satu realiti.........
Dia mencari, dan terus mencari, guru yang telah
ditakdirkan untuknya, untuk memberinya cahaya dengan keizinan-Nya, agar dia
boleh keluar dari kegelapan itu, agar dia bisa melihat dunia ini, menggunakan
mata hatinya, bukan mata fizikalnya. Dia pernah membaca bahawa –
dari Jalāl ad-Dīn Muhammad Rūmī
(Rumi)
“Do you know what you are? You are a manuscript oƒ a divine letter.
You are a mirror reflecting a noble face. This universe is not outside of you. Look
inside yourself; everything that you want, you are already that.”
Dia juga pernah terbaca bahawa –
dari Rumi mengatakan
“What hurts you, blesses you. Darkness
is your candle.”
Tapi, apa maksudnya, kerna, dia tidak
boleh nilai sesuatu ayat itu berdasarkan hatinya, kerna apabila hati rosak,
maka tafsiran juga akan rosak…. Sebab itu dia mesti mencari seseorang untuk
membuka hatinya, agar sesuatu kata-kata itu difahaminya dengan benar, tanpa
nilai dari dirinya sendiri.
Dia hilang di reality fizikal moden,
kerna sibuk dengan pencariaan makna dirinya. Ini jalannya, tidak sama dengan
yang lain, kerna ini benar-benar jalannya. Maka, lebih baik, dia menjadi
shadow, sembunyi dari persekitarannya… …menjadi low profile, tanpa sedar
kewujudannya, kerna, kesedarannya bakal menghilangkan impiannya, kerna ego popularity
bakal menyerang jiwanya, yang penuh dengan kebanggaan falsafah popularity..
Dia hilang, dan terus hilang, sekadar
pemerhati tanpa tafsiran keluar dari mulutnya, kerna, dia shadow, yang hanya
ada ketika terang dan menghilangkan dirinya di saat kegelapan… kerna, shadow
menjadi kegelapan…
Ulasan
Catat Ulasan