yo are so beautiful------may be --------------------illusion

sambungan dari :(((((((((((((((((((6)))))))))))))))))))))))


Dia datang, cinta datang, sekali lagi, kisah cinta datang, untuk temani hati aku. Cinta pelik yang menggembirakan, cinta pelik kawalan keindahan empirical dunia. Apa semua ini? Kenapa dia datang? Tapi, apa beza dia datang atau tidak, hasil sama saja, boring dan tambah boring melayan ilusi cinta romantis. Dia datang, tapi aku anggap dia tidak datang. Aku malas nak terima kisah cinta romantis, kerna aku memang malas nak layan lagi semua itu. Itu bukan kerja aku, itu kerja orang lain. Itu bukan amanah aku, itu amanah orang lain.


Dia datang, senyum melihat aku, aku pandang dia, tapi, dia dahulu pandang aku. Betapa indahnya hidup, dia pandang aku sebelum aku memandangnya... tapi, semua itu f**k... ilusi kegembiraan romantis khayalan manusia loser macam aku. Kau ingat hati aku apa? Tempat tragedi ala romantis drama bodoh khayalan indah setelah penat menjadi hamba kapitalis? Kau datang hanya untuk sakitkan hati aku, hanya untuk ajar aku kisah cinta khayalan romantis drama kawalan kapitalis. Aku malas nak layan lagi itu............. dan, hati aku dah jadi lali kepada kisah cinta indah......


Aku berkurung, berkurung lagi. Aku bina sangkar ilusi, agar aku tidak lagi wujud di dunia insan lain. Aku layan lagi ilusi... anime, drama, game, buku, variety show.. layan macam orang bodoh.. layan semua itu macam manusia yang tiada hidup.. tapi, buat apa ada hidup, andai kata aku tidak gembira.. buat apa aku layan kegembiraan ilusi golongan hedonisme..... buat apa aku nak lakon gaya hidup, andai kata hati aku memang malas nak hidup.... kau nak tengok aku hipokrit.. memang kepakaran aku.. hidup semangat kerna hasil semangat ilusi hedonisme.. semuanya ilusi. Semua ilusi yang tidak kekal dalam hati aku yang bodoh ini...


Mereka layan hidup, seperti gembira, dan aku ikut sekali.. tapi, boring, macam sampah, kerna semua itu aku tafsir berdasarkan hati dan akal sampah aku.. perlumbaan penambahan ego, buat aku naik semangat, tapi, akhirnya, sama, itu juga ilusi, macam sial... perlumbaan kapitalis untuk mendapatkan keindahan materialis agar bisa membeli hati wanita moden, agar bisa membeli cinta romantis golongan wanita., S**t untuk kisah indah itu, keindahan ego manusia.. kerna sibuk dengan pride sahaja.. ilusi pride bersama ego, bingung kerna ego penambahan populariti indah... dan aku sendiri hancur dalam tulisan aku.


Aku tidak tahu apa lagi yang perlu aku buat... boring tahap babi, sampai babi pun berevolusi jadi babi. Kah kah kah. Kau tolak evolusi, tapi, kau sendiri tidak faham evolusi, kau cakap dengan yakin, tapi, kau sendiri tidak faham apa yang kau cakapkan. Kerna apa? Kerna dilatih golongan leader kapitalis, agar yakin berkata-kata, walaupun kau tidak tahu apa yang kau katakan. Niat benar, tapi, apa guna, andai kata kau sendiri tidak faham apa yang kau utarakan. Lantak kau lah, hidup kapitalis kau.. latihlah berkata-kata walaupun tiada ilmu.. latihlah untuk yakin walaupun kau tidak berilmu.. kerna, karekter seperti itu memudahkan kau berjaya dalam kapitalis.. kah kah kah.. jangan jadi macam aku.. sampah masyarakat.. sampah kapitalis yang tiada sumbangan materialis indah...


Semua manusia yakin berkata-kata, kerna demokrasi, di mana semua golongan ada hak. Kah kah kah.. kalau golongan babi, kau rasa mereka pilih siapa untuk jadi ketua mereka. Ah, f**k, kenapa aku nak fikir semua itu.. ? Adakah kerna alasan berfikir ilmu itu baik.......? Alasan nak sedapkan hati.. alasan amanah untuk sedapkan hati si bakal penyambung ekonomi indah dunia. Cerita macam copy paste.... kah kah kah... cerita hidup macam copy paste.. lantak lah.. bukan urusan aku.. masing-masing ada otak,  tak kan tak pandai guna kut.... tengok aku.. hati dan akal tidak guna... kah kah kah.. ah s**t, aku tidak boleh cari publisiti depan awek... kah kah kah.. buat apa aku nak cari publisiti depan awek kawalan materialis fizikal kapitalis? Aku dapat apa? Cari publisiti depan awek bukan kerja aku, itu kerja orang yang beramanah.. kah kah kah....f**k.....


...


Dia datang ke dalam hati aku, ketika hati aku rasa sunyi. Dia datang menemani aku, senyum sambil melihat aku, ketika aku rasa dunia ini menyeksakan. Dia datang menyentuh hati aku, dikala aku tidak lagi percaya akan manusia. Dia datang bertanya khabar, ketika aku sibuk dengan ilusi aku. Dia datang dengan rasa cinta katanya, ketika aku tidak lagi percaya akan cinta. Dia datang ketika hati aku hancur dalam alam anarki bodoh ini...


Dia membuatkan hidup aku berwarna-warni. Dia insan yang memberi aku harapan untuk hidup. Aku yang ini berbeda dengan aku yang dahulu. Dia insan yang membuatkan dunia aku berwarna-warni, warna yang tidak lagi berwarna hitam putih sahaja.


Dia terima aku seadanya.... dia tidak kisah aku siapa.. dia tidak kisah akan kisah silam aku, itu katanya. Aku terima dia masuk dalam hati aku. Aku membuka sangkar ilusi, untuk dia menyentuh hati aku. Aku senyum ketika dia datang, kerna rasa cinta itu adalah indah, apalagi cinta itu bukannya cinta tepuk sebelah tangan. Dia datang bagaikan rama-rama yang tidak aku harapkan akan singgah di tepiku. Tapi, dia memilih aku, walaupun aku tidak ada apa-apa.


Di tempat itu, aku jumpa dia, pertama kali. Aku pandang dia, dan dia pandang aku. Aku tidak senyum... sejak bila aku pandai senyum.....tapi, dia, dengan mata yang besar, rambut yang menawan, sesuai dengan bentuk mukanya, dia senyum, ketika aku buat muka sombong.. dia senyum ketika aku buat muka serius.


Di saat itu, hati aku berkhayal.. andai kata dia crush aku, maka dia aku pandang cinta, tapi, malang sekali kerna itu khayalan...dia  lawa, dia cantik, mungkin rebutan manusia moden.. mungkin.. tapi minta maaf, kerna muka lawa kau mungkin telah banyak sakitkan manusia... dan mungkin, muka lawa kau, sesuai untuk materialis sahaja... dan mungkin, muka lawa kau, tidak sesuai untuk dilayan cinta ala tradisional... hanya layak dilayan ala drama moden materialis.. hati kau bisa dibeli dengan wang sahaja....


Dia senyum lagi.. walaupun aku tidak membalas senyumannya.... dia senyum ketika aku memandang dia berkali-kali... f**k.. kenapa kau senyum? Tahu tak, kerna senyum seperti itu, berapa ramai manusia romantis bodoh jatuh cinta? Lantaklah hati mereka, bukan hati aku... dan hati aku tidak sama dengan hati mereka... kau anggap aku rosak, maka kau harus tafsir aku secara tafsir rosak.. kah kah kah.. sesuai untuk kau susun ayat untuk sakitkan hati aku.. dan lagi seronok.. kau guna agama untuk sakitkan hati orang lain.. memang sesuai untuk golongan beramanah kawalan kapitalis, kah kah kah.
Hati anarki bangang menjadi bangang, temani persekitaran bangang dan akal terkeluar idea bangang... aku memang bangang.


Aku jalan, ke tempat lain, lari daripada kisah cinta romantis awek lawa itu. Aku tiada masa nak layan cinta ala drama, ala anime. Buat apa aku nak layan cinta? Bagus aku layan porn daripada layan keindahan ilusi romantis si romantis. Kau pandang aku atau tidak, hati aku tidak kisah.. Kau suka aku atau tidak juga aku tidak kisah, kerna aku tidak mahu lagi melayan keindahan ilusi cinta.
Aku perasaan dia pandang aku, sebab itu aku lari, kerna aku takut, memang benar dia pandang aku. Biar hati bodoh aku perasaan bahawa dia pandang aku, biar minda bodoh aku perasaan dia senyum ketika memandang aku.. biar semua itu perasaan bodoh aku, kerna apa beza andai kata itu perasaan sahaja atau memang benar.. so what.. nak suruh aku layan kisah romantis lagi. Aku tiada masa nak layan semua itu.. layan porn lagi indah.. kah kah kah kah..


Kau ingat aku ini apa? Orang baik? Kau salah, kerna aku lebih suka dikatakan jahat, kerna berlakon baik lebih susah berbanding berlakon ala jahat, kah kah kah.. Ini kisah bukan drama yang kau layan ketika kau tension dalam kapitalis.. ini kisah bukan kisah korea, yang kau layan ketika habis exam... ini kisah bukan kisah movie yang kau layan ketika dihujung minggu.. ini kisah bodoh, ditulis orang bodoh.. kah kah kah.. berlakon bodoh lebih senang daripada berlakon pandai.. kerna aku memang bodoh. Kah kah kah.


Dia, aku jumpa lagi, dan minda bodoh aku berkhayal lagi kisah drama romantis. Ini susahnya memandang wanita lawa, kerna mereka shit, memberi harapan bodoh untuk manusia loser. Mereka memberi harapan untuk manusia hodoh berfantasi untuk bercinta ala korea. Kah kah kah .. loser sial.... tapi, itu kisah dulu.. aku pandang dia macam aku pandang wang... wang yang dikejar untuk dibuang. Kah kah kah. Aku pun tidak faham apa yang minda aku katakan...... tapi, lantaklah, kerna aku ini aku, dan dia pula.. adalah dia.. dia yang lawa, ketika dia senyum....


Aku mungkin dah jatuh cinta...............................................


Tapi, f**k, kau ingat ini kisah drama, ini kisah anime? Semua itu ilusi untuk aku melupakan pencarian aku. Itu semua kisah ilusi untuk aku berilusi merasai kegembiraan romantis. Mana ada cinta tanpa kapitalis di dalam sistem moden ini. Semua benda dikawal kapitalis.. politik, ekonomi, sosial, pendidikan, agama.. semualah... semua dikawal kapitalis indah moden dengan alasan bisa memajukan manusia...


Ingat.. ini bukan kisah drama. Cinta dibalas cinta. Cinta dibalas gembira... ini kisah realiti, kisah cinta yang bersumberkan material dengan beralasankan agama. Tanpa material, maka goodbye katanya... Aku tidak lagi percaya akan cinta di zaman moden ini... biarlah aku sakit melayan keseksaan jiwa aku, daripada aku gembira melayan ilusi bodoh romantis... Aku penat untuk bergembira ilusi.. walaupun akhirnya aku tetap mencari kegembiraan ilusi itu.. mungkin kerna kau penat melayan rasa pain dan seksa hati aku berserta darknesss yang  ada dalam jiwa aku....



Dan dia hilang. Kerna semua yang ada di depan aku hilang.. kerna ilusi sahaja.................... aku rosak.. dan makin rosak melayan keindahan palsu gembira..............









Sambungan : klik di sini











Ulasan

Catatan Popular