You are so beautiful ----- may be----- ------------- an illusion
sambungan dari : (((((((((((((((((((7)))))))))))))))))
8
Dia ingat kisah dia, entah kisah apa, entah kisah atau cerita, tapi, apa
beza dua-dua itu, tak ada beza pun, hanya yang ada adalah kisah dan cerita, kah
kah kah.
Dia jatuh cinta, seorang wanita pilihan hatinya, cinta itu, cinta pandang
pertama, kisah romantis bermain di kepalanya, macam kisah drama semesta pilihan
ramai selepas penat bekerja pagi. Kisah dia mulakan, macam kisah cinta, nama
dia tahu, dan dia, wanita itu, seperti memandangnya.. tetapi, dia keliru,
adakah itu permainan wanita itu, atau adakah itu permainan minda dia, yang
ingin, layan kisah cinta bersama wanita itu.
Tapi, seperti biasa, semua itu khayalan, kisah menjadi duka, kerna duka dia
tidak harapkan maka, dia rasa duka, agar hatinya terbuka, untuk tahu, untuk
mengetahui, apa itu duka. Lantaklah,
katanya, bunga bukan sekuntum. Hilang satu ku cari lain...tapi... masalah utama
sekarang, ayat itu ayat seorang loser, agar hati gembira. Kenapa kau harap
kisah romantis kisah gembira hakiki? Akhirnya kau rasa duka hakiki, kau anggap
duka hakiki, kerna kau harap gembira hakiki, kau rasai , ketika merasai cinta
romantis kawalan moden. Kah kah kah.. loser tahap loser... guna ayat itu, untuk
sedapkan hati terluka, agar hati tidak berputus asa, harap cinta wanita lain, yang
hanya palsu belaka, original kerna anggapan dan tafsiran kapitalis indah, macam
demokrasi kawalan kapitalis...
Tapi, tidak salah, kerna perlu ada, kisah seperti itu, agar dunia tidak
suram, agar manusia ada tujuan hidup.... tujuan hidup, untuk mencapai bahagia
percintaan, bersumberkan material dan konsumerisme indah. Kisah itu perlu ada,
agar kisah cinta TV menyentuh hatinya, barulah maju ummah.. kah kah kah. Macam
mana TV nak cari duit, andai kata cinta tiada dalam hati si penonton. Bagaimana
TV nak cari makan, kalau penonton tiada kisah sama seperti kisah drama TV.
Mereka pun seperti kita, Cash is king...... Dengan duit kau boleh beli manusia
hati cinta.................
Hatinya bertambah rosak, kisah itu, dia tafsir dark... Tafsir pandangan
matanya dia nilai akan kisah lamanya, dia malas, lagi, layan kisah seperti itu,
real atau ilusi, kerna apa beza, real atau ilusi untuk kisah cinta layanan
moden, bersumberkan kecantikan empirical dan kawalan material. Kah... dia gelak
macam nak nangis, tapi, air mata dah hilang, kerna air mata tidak turun dari
mata, tapi dari hati ilusi, agar mulutnya bisa tersenyum di saat lawak bodoh
direka sekeliling.
Buat apa nak layan sedih, andai kata duit tak bertambah pun.. seperti mana,
buat apa layan makna kapitalis, duit di akaun May Bank, tak bertambah pun, kau
hanya dibenci kawan-kawan kau sahaja, kau dihina, dimaki, ditertawakan di
depan, dipuji macam shit di depan. Umpama sampah terkena najis, tak ada seorang
pun nak sentuh, mungkin, diri sendiri kau pun jijik nak sentuh diri kau....
Buat apa nak tahu kapitalis tu apa, konsumerisme tu apa, sosialis itu
apa... Ini zaman kapitalis, maka diam dan diam... kau mesti diam, dan kau
bahagia, duit bertambah, tanpa persoalan bodoh bermain di minda.
Kau harus ikut, tanpa soal, baru kau
bahagia... kalau kau soal, maka kau menempah kesunyian minda dan persekitaran.
Kalau kau soal, kau tidak bahagia dalam sistem indah itu, kerna kau telah
mempersoalkan perkara yang ramai tidak mahu soal. Diri kau penuh semangat untuk
ubahnya, tapi kau sedar, semangat itu hanyalah palsu, mereka katakan, semangat
itu sekadar alasan kerna tidak bisa maju dan berjaya dalam sistem erti
kapitalis. Maka, apa pilihan kau?
Memberontak macam loser.. Beritahu kepada dunia bahawa kau loser.... ?
Ini zaman mengikut, bukan zaman berfikir, kau harus ikut, agar kau
dihormati, sekali kau soal, kau jadi sampah seperti aku. Sekali kau soal, kau
jadi loser seperti aku, loser kerna tidak bisa mengumpul duit untuk tambahan kebahagiaan
indah. Loser kerna tidak bisa popular.. Kah kah kah.. Masih nak soalkan apa
benda indah itu? Tak salah, kerna kau tidak sama dengan aku... tapi... andai
kata kau bersendirian.. jangan terpengaruh dengan dark, sedar atau tidak, kerna
William Butler Yeats pernah kata
“All empty souls tend toward extreme opinions.”
Andai kata kau rasa kosong, maka hati kau akan ke arah pendapat yang
radikal. Kau rasa radikal itu seronok, dan kau bersemangat untuk sebarkan
kepada rakan-rakan kau, kau semangat nak sebarkan kepada dunia, agar mereka
tahu, bahawa fikiran kau hebat. Tapi, kah kah kah. Semua itu khayalan indah
bodoh, kerna kau seperti menempah maut internal. Kau dimaki di belakang, kau
dipandang tinggi, tinggi seperti babi. Kau anggap kau didengari, tapi kau hanya
disepak terajang dalam minda mereka....
Ingat, maklumat yang ada di akal kau
hanyalah untuk kau sendiri. Bukan untuk disebarkan, kerna maklumat tanpa ilmu
hanyalah sampah sahaja, biarkan maklumat itu, seperti benar, walaupun maklumat
itu, kau anggap boleh majukan ummah.
Ada maklumat di dunia ini, harus kita sembunyikan, kerna itu bukannya ilmu,
itu sekadar maklumat. Maklumat yang menjadikan kau loser... Adakah kau mahu
orang lain jadi seperti kau...loser tahap babi? Aku rasa, babi pun tidak mahu
bersama kau.. kah kah kah.
.........................
Hati seronok melayan pain, pain yang dianggap
sebagai darkness, darkness yang
membawa arah kekosongan jiwa, dan pendapat radikal menyentuh hatinya. Darkness itu dia layan seperti ‘kegelapan’,
lawannya monster jiwanya, mencari
sesuatu dalamnya. Sesuatu itu dicarinya, tanpa ikutan, macam majoriti, kerna
dia anggap, ikutan itu tidak menyentuh hatinya. Fitrahnya dikatakan hilang, dikatakan
rosak, dipengaruhi temannya yang ber-ilusi dalam khayalannya, menemaninya
dikala sendiri fizikalnya, dan dia dijauhi secara sembunyi........ dia sedar,
tapi, dia diam, sesuai untuknya, lakonan bodoh, sesuai untuknya, dan juga
lakonan - umpama dia di dalam dunianya sendiri. Dia terus mencari, dan mencari.
Tanpa kisah sekeliling, tanpa khayalan sekeliling, bersendirian kerna itu
kemahuannya. Dia dikatakan berteman darkness,
tapi dia sebenarnya mencari sesuatu di dalam darknesss. Dia perlu dihulur suluh,
agar, dia boleh melihat berteman cahaya, tapi, dia bukannya dihulurkan suluh,
tapi diberinya perkataan indah tafsiran moden, kata-kata indah, kawalan
kebahagian moden dunia, yang mereka anggap mendatangkan kebahagian, tapi,
akhirnya sekadar ilusi kebahagiaan baginya. Perkataan itu, dikatakan oleh
mereka, sesuai untuk semua manusia, majoriti atau minoriti, “object” atau “shadow”, zahir atau batin, si penyoal atau si pengikut, asbab atau
tajrid. Tapi, dia tahu, dasar pengalamannya, bahawa dia tidak memerlukan suluh
dari society, kerna, suluh itu
langsung, tidak berguna dalam kegelapan “darkness”
itu. Suluh dari awam itu, langsung tidak bisa digunakan, melawan monster
ilusinya. Dia perlu mencari seseorang guru, untuk mengajarnya erti bahagia,
tanpa dia perlu ikut, dalam urutan moden, kerna urutan itu tidak sesuai
untuknya. Mungkin sesuai untuk manusia lain, tapi dia, dia memilih jalan yang
ini, jalan yang dia tempuh, ketika hatinya melihat akalnya, yang penuh dengan
keilusian maklumat, maklumat yang menyamar sebagai ilmu, dan juga ketika
hatinya melihat dunia, dunia yang dipenuhi kepandaian society, tapi kehilangan kebijaksanaan society.
Dia mencari tanpa jumpaan. Dia hilang dalam
kegelapan. Hatinya merana dalam kekalahan jiwa monsternya, tapi...............
adakah dia perlu putus asa? Atau adakah
dia perlu menjadi monster suruhan jiwanya, agar hati anarkinya terkeluar, berserta
lagu, yang digubal liriknya, hasil pengalaman ilusinya, dikalahkan oleh monster
ilusi itu. Lagu darkness berteman anarki, lagu memberontak kerna kekosongan
jiwa, dikeluarkan dan dia berubah luarannya...dan juga berubah internal-nya. Dia fahami, apa yang
seseorang itu pernah katakan
‘ normal people have no idea, how
beautiful the darkness is.”
Dan,
‘Do they love you or the mask you put
on everyday?’
‘The difference between you and me is
that when you wake up your nightmare end.’
Dia juga fahami apa yang dimaksudkan oleh Friedrich Nietzsche, apabila dia katakan
“Whoever fights monster should see to
it that in the process he does not become a monster. Andi f you gaze long
enough into an abyss, the abyss will gaze back into you.”
Tapi, siapa
monster ilusi itu? Adakah dirinya sendiri atau .....dipolar disorder-nya...
yang dia sembunyikan, agar dia bisa lari dari realitinya? Mindanya bermain,
lupakan realiti fizikal, terjun ke arah lautan ilusi. Ilusi dia lihat
segalanya, fizikal dunia dia tafsir melalui ilusi itu. Di mana ilusi itu pula,
direka olehnya, kerna dia lemas dalam realiti dahulu. Dan, malang sekali,
dikala dia lari dari lemasnya realiti, dia pula lemas dalam ilusi rekaannya
sendiri. Dia makin dalam di ilusi itu, matanya terbuka, tapi, mata fizikalnya
tertutup, dia keliru dengan semua itu, mainan lagu bermain dia benaknya, dan...
akhirnya dia keliru... mana satu ilusi..dan yang mana satu realiti.........
Dia mencari, dan terus mencari, guru yang telah
ditakdirkan untuknya, untuk memberinya cahaya dengan keizinan-Nya, agar dia
boleh keluar dari kegelapan itu, agar dia bisa melihat dunia ini, menggunakan
mata hatinya, bukan mata fizikalnya. Dia pernah membaca bahawa –
dari Jalāl ad-Dīn Muhammad Rūmī
(Rumi)
“Do you know what you are? You are a manuscript oƒ a divine letter.
You are a mirror reflecting a noble face. This universe is not outside of you. Look
inside yourself; everything that you want, you are already that.”
Dia juga pernah terbaca bahawa –
dari Rumi mengatakan
“What hurts you, blesses you. Darkness
is your candle.”
Tapi, apa maksudnya, kerna, dia tidak
boleh nilai sesuatu ayat itu berdasarkan hatinya, kerna apabila hati rosak,
maka tafsiran juga akan rosak…. Sebab itu dia mesti mencari seseorang untuk
membuka hatinya, agar sesuatu kata-kata itu difahaminya dengan benar, tanpa
nilai dari dirinya sendiri.
Dia hilang di reality fizikal moden,
kerna sibuk dengan pencariaan makna dirinya. Ini jalannya, tidak sama dengan
yang lain, kerna ini benar-benar jalannya. Maka, lebih baik, dia menjadi
shadow, sembunyi dari persekitarannya… …menjadi low profile, tanpa sedar
kewujudannya, kerna, kesedarannya bakal menghilangkan impiannya, kerna ego popularity
bakal menyerang jiwanya, yang penuh dengan kebanggaan falsafah popularity..
Dia hilang, dan terus hilang, sekadar
pemerhati tanpa tafsiran keluar dari mulutnya, kerna, dia shadow, yang hanya
ada ketika terang dan menghilangkan dirinya di saat kegelapan… kerna, shadow
menjadi kegelapan…
Ulasan
Catat Ulasan