-sial saja semua minatku, aku yang sial-
Kenapa nak jadi ahli falsafah
Lebih baik jadi ahli kapitalis
Boleh jadi idola orang ramai.
Kenapa nak kritik sistem
Lebih baik cari duit.
Kenapa nak soal ilmu
Lebih baik guna ilmu itu untuk cari duit.
Kenapa nak mempersoalkan sesuatu perkara
Lebih baik ikut sahaja
Biarlah taqlid buta macam babi atau tak
Asalkan ada duit beli material
Dan cukup.
Kenapa nak jadi orang berilmu
Lebih baik jadi orang yang banyak duit
Lagi bahagia
Asalkan solat tak tinggal
Jemaah tak tinggal
Ceramah tak tinggal.
Kenapa nak soalkan ilmu kifayah
Lebih baik cari duit guna ilmu.
Kenapa nak kritik ilmu yang datang daripada Barat
Lebih baik ikut saja
Asalkan solat tak tinggal.
Kenapa nak kritik ilmu
Lebih baik cari duit beli rumah beli kereta.
Kenapa nak kejar ilmu
Andai kata dah sedar diri bodoh.
Kenapa nak jadi baik
Kalau memang dah sedar diri jahat.
Kenapa nak tunjuk diri emas
Kalau diri memang dah lama sampah.
Kenapa nak baca banyak buku
Lebih baik pergi cari duit
Kalau nak baca buku pun
Baca buku yang boleh naikkan ekonomi
Kan bahagia hidup
Duit pun banyak.
Kenapa nak tahu tafsiran sains
Bodoh gak
Jahil gak.
Kenapa nak tahu hubungan sains dan islam
Buang masa
Sebab
Bodoh gak
Jahil gak
Duit kat akaun tak bertambah pun.
Kenapa nak tahu apa peranan Pencipta dalam fenomena alam
CGPA tak tinggi pun
Bodoh gak
Jahil gak
Diri useless gak
No function kepada ummah gak.
Sial saja itu.
Lebih baik cari duit
Lebih baik keluar bantu ummah
Tak pun join politik
Daripada tahu apa peranan Pencipta dalan fenomena alam.
Langsung tidak boleh guna untuk memajukan ekonomi..
Kah kah kah...
Kenapa nak tahu falsafah sains?
Sebab nak tafsir sains moden?
Sebab nak tahu limit sains moden?
Sebab nak tahu epistemology/faham ilmu?
Sebab nak tahu ontology/faham wujud?
Nak tahu axiology/ faham nilai?
Psikologi/faham psikologi?
Sebab nak tahu apa hubungan semua itu dengan realiti?
Useless
Tak berguna langsung untuk kemajuan ekonomi
Tak berguna langsung kepada ummah
Tak boleh guna langsung untuk bantu masyarakat
Tak berguna langsung untuk liberal demokrasi.
Sampah sahaja semuanya.
Aku jahil gak
Aku bodoh gak
Aku useless gak.
Sial segalanya.
Aku yang sial kerna belajar emas itu.
Sampah belajar sampah lah
Kenapa sampah nak tahu emas
In the end, diri sendiri jadi macam sial
Jadi sial kerna belajar emas
Akhirnya orang lain anggap emas itu sial
Dan tidak berguna langsung.
Aku nak tanya
Kenapa nak tahu falsafah sains
Benda tu tak boleh bantu masyarakat pun
Tak boleh bantu ekonomi pun
Sia-sia sahaja
Lebih baik cari duit jadi kaya
Boleh jadi idola pelajar universiti
Daripada belajar falsafah sains
Tak ada guna langsung
Duit tak bertambah
Dihina
Bodoh gak
Jahil gak...
Sial.....!
Aku nak jadi kaya
Aku nak tinggalkan semua itu
Celaka saja aku jadi
Kerna belajar benda sial itu
Bahagia lagi abaikan semua itu
Dan sibukkan diri cari duit
Boleh bantu ummah
Boleh bantu keluarga.
Sial saja semua maklumat itu
Lebih baik aku cari duit
Boleh hidup bahagia
Daripada aku belajar falsafah sains
Daripada aku tahu apa itu limit sains
Apa itu tafsiran sains.
Semua itu bukan kerja sampah macam aku
Tapi manusia emas pun tak minat buat perkara itu
Ah! Lantaklah....
Lebih baik manusia emas cari duit
Daripada tahu semua itu.
Duit kan indah berbanding semua itu
Liberal demokrasi kan indah daripada semua itu
Asalkan solat jemaah jangan tinggal
Lawak ustaz pun jangan tinggal.
Sial saja semua ilmu kifayah itu
Andai kata tidak boleh guna cari duit
Andai kata tidak bisa majukan ekonomi
Masukkan saja ke tong sampah semuanya!
Ontologi masuk tong sampah
Epistemology masuk tong sampah
Psikologi masuk tong sampah
Axiology masuk tong sampah
Tafsiran sains masuk tong sampah
Falsafah masuk tong sampah
Metafizik masuk tong sampah.
Ilmu kalam masuk tong sampah!
Ilmu seperti itu
Sial saja semuanya
Langsung tak berguna
Kepada golongan proletariat....
Sampah saja
Habiskan duit sahaja
Tiada sumbangan material langsung
Tiada sumbangan kepada ekonomi masyarakat
Tiada sumbangan kepada CGPA aku pun...
Sial punya hidup aku!
Sial punya passion aku!
Sila punya minat aku!
Sial saja semuanya.....!
Bukan ilmu itu yang sial
Aku yang menjadikan ia nampak sial
Kerna sampah macam aku belajar emas.
Sial! Sial! Sial!
Sial punya aku......!
Ulasan
Catat Ulasan