-kenapa sebenarnya-
Kenapa? Kenapa sebenarnya perlu membaca buku? Kenapa nak membaca buku? Personaliti rosak gak. Lebih baik tak payah baca buku. Kenapa nak tahu apa itu kapitalisme, apa itu sosialisme, apa itu sekularisme, apa itu isme-isme, in the end, tidak boleh buat apa-apa gak kepada ummah. Kenapa nak tahu semua itu? Lihat, ada yang tidak tahu semua itu, tapi dia bahagia, dia berguna kepada ummah. Cuba pula lihat, kenapa yang tahu semua itu, tapi langsung tidak berguna kepada ummah. So kenapa nak tahu semua jenis pemikiran, celaka saja semuanya.
Ada yang tidak minat semua itu, tapi dia berguna kepada ummah, ada pula yang minat semua itu, tapi sampah kepada ummah. So, kenapa perlu belajar isme-isme, kenapa perlu tahu falsafah, kenapa perlu tahu apa hubungan bidang yang diambil dengan ilmu fardhu ain, lebih baik tahu pasal awek, pasal duit, pasal harta, lagi bahagia, lepas tu asalkan rajin pergi masjid, berhati mulia, dan berjiwa masyarakat, dah cukup, tak perlu buang masa belajar falsafah, in the end, tak berguna pun kepada sesiapa. Celaka. Celaka. Kalau aku tahu begitu, aku tak kan nak ambil kisah apa itu isme-isme, apa itu falsafah, aku tak ingin tahu apa hubungan Islam dengan sains, juga buat apa nak tahu apa itu teori evolusi, apa pendapat Islam mengenai teori evolusi. Tak berguna langsung. Duit tak bertambah pun. Akhlak tak baik pun. Masjid pun malas gak nak pergi. Celaka saja semuanya. Celaka saja pemikiran. Lebih baik tak payah banyak berfikir, buang masa saja. Lebih baik bantu masyarakat. Celaka, sia-sia saja aku cinta buku. Celaka, habiskan duit aku sahaja beli buku. Lebih baik aku simpan duit, lepas itu fikir pasal kahwin. Celaka-celaka...... celaka saja passion aku. Celaka. Celaka punya buku.
Betul eh semua nya celaka? Betul eh passion aku celaka? Mungkin betul, sebab aku tak ada fungsi pun dalam masyarakat. Sekadar sampah sahaja.....
Adakah sia-sia sahaja aku baca banyak buku?
Ulasan
Catat Ulasan