-berguna kah maklumat yang aku minati-

Aku sentiasa tertanya-tanya
Bergunakah maklumat yang aku tahu ini
Bergunakah ilmu yang aku minati ini.
Ku sentiasa mempersoalkan kepada diriku
Adakah falsafah itu berguna?
Kalau falsafah itu berguna
Gunanya ke mana, individu atau masyarakat?
Adakah pelajaran yang aku ambil di universiti ini berguna?
Kalau juga berguna, gunanya ke mana?
Individu atau masyarakat?
Adakah aku tahu apa itu evolusi, apa itu fizik
Ada faedah kah?
Kalau ada, ke mana?
Individu atau masyarakat?
Adakah baca buku itu berguna?
Adakah tahu apa itu isme-isme berguna?
Kalau faedahnya ada, ia ke mana?
Individu atau masyarakat?
Tapi, adakah faedah itu perlu ke masyarakat
Bagaimana andai kata faedah itu kepada individu sahaja?
Bisa kah seperti itu?

Ah! Aku bingung dengan semua ini.
Bisa kah aku minat saja ilmu atau maklumat itu
Walaupun tidak ada sumbangan kepada masyarakat
Hanya faedahnya kepada aku sahaja
Kerna aku bisa sibukkan diriku dengan semua itu
Tanpa perlu sentiasa membuang masa ketika beramai.
Hanya sekali-sekala sahaja beramai
Kerna ku suka bersendirian dan buat apa yang aku minat
Sastera, puisi, falsafah, anime, movie, drama
Walaupun semua itu tidak ada faedah kepada masyarakat
Tapi ia menyibukkan aku untuk lupa akan mental illness ku.

Ah! Sampah saja semuanya.
Kenapa aku perlu mempersoalkan
Sama ada apa yang aku buat itu
Berfaedah kepada masyarakat atau tidak?
Kenapa?
Ah! Lantak saja
Sama ada aku buat ini ada faedah atau tidak
Asalkan aku bisa lupakan sementara mental illness ku.
Ah! Lantak lah
Apa yang homo sapiens nak cakap...
Celaka saja semuanya
Ini hidup aku....
Sama ada aku ada mental illness atau tidak
Aku tetap buat apa yang aku buat ini
Walaupun ia tiada gunanya kepada masyarakat.

Ya, aku belajar falsafah
Di mana falsafah itu tidak langsung berguna kepada masyarakat
Tapi falsafah lah yang ajak aku kenal akan ilmu kalam dan ilmu metafizik
Dan aku tahu ilmu tasawuf walaupun secara general kerna aku perlu guru untuk tahu secara spesifik.
Kerna falsafah lah ajak aku untuk cinta ilmu sampaikan aku tahu falsafah itu tidaklah hebat berbanding ilmu kalam dan metafizik sufi.

Ya, aku minat sastera
Di mana sastera yang aku minat langsung tidak memberi apa-apa kepada masyarakat
Sekadar sampah sahaja tulisanku.
Tapi kerna sasteralah aku bisa minat akan tulisan para sufi
Walaupun tulisan aku hancur
Dek kerna mental illness ku.

Ya, aku minat ilmu fizik
Walaupun CGPA aku hancur berkecai
Tapi kerna fizik dan falsafah lah
Aku mula mempersoalkan apa hubungan tafsiran-takwilan al-Quran dengan dunia empirikal ini
Aku mula mempersoalkan apa limit sains dan bagaimana nak tafsir sains.
Ya, aku tahu
Maklumat fizik dan falsafah yang ada di akal aku
Langsung tidak berguna kepada masyarakat
Tapi semua itu mula ajar aku jadi baik
Walaupun asyik kalah dengan nafsu ku.

Ya, aku minat psikologi
Walaupun maklumat psikologi ku itu langsung tidak bisa memberi faedah kepada masyarakat
Tapi kerna psikologi lah
Kerna mental illness aku lah
Aku mula senyum di kala melihat kepelbagaian dalam personaliti dan karekter manusia
Aku mula belajar untuk menerima kepelbagaian
Aku belajar agar tidak lagi kritik cara hidup manusia lain
Kerna setiap manusia ada kisahnya masing-masing
Sampaikan dia seperti itu
Sampaikan dia pilih hidup seperti itu.
Misalnya, mereka yang suka bersendirian
Aku mula belajar bahawa ada kisah nya di sebalik kesukaan dirinya kepada 'bersendirian'
Jalan kisah hidupnya telah membawa dia kepada minat akan bersendirian..
Aku mula belajar
Untuk tidak lagi kritik cara hidup manusia lain
Kerna masing-masing ada 'state of mental' yang tersendiri.

Ya, aku minat akan isme-isme (ideologi)
Walaupun semua itu langsung aku tidak bisa gunakan kepada masyarakat
Tapi, kerna tahu akan isme lah aku mula mempersoalkan cara hidupku
Adakah aku ini liberal atau konservatif
Adakah aku ini anarki
Adalah aku ini peminat sekularisme
Adakah aku ini materialistik sahaja
Adakah mulut saja ku kata ku bukannya materialistik tapi sikap materialistik pula
Adalah mulut ini menipu sahaja
Untuk menyembunyikan isme yang aku simpan di hati.
Dan kerna isme lah aku mula kenal akan islamisasi ilmu
Walaupun aku tidak bisa islamkan ilmu
Apatah lagi menafsir ilmu fizik yang aku ambil di universiti
Tafsir ikut pandangan alam islam (worldview of Islam)
Aku tak bisa buat apa yang ulama kalam buat sampaikan mereka bisa lahirkan metafizik atom.
Tapi, aku ada soalan
Adakah metafizik atom hasil ulama kalam itu berfaedah?
Dan kalau ada faedahnya, ke mana ia
Individu atau masyarakat?


Macam mana nak tahu sesuatu itu berfaedah atau tidak, adakah diukur melalui sumbangannya kepada masyarakat, atau diukur sumbangan itu kepada individu sahaja, atau dua-dua sekali, atau salah satunya? Atau tiada?

Ada tak ilmu, di mana ilmu itu untuk individu sahaja? Ada tak ilmu, di mana ilmu itu untuk masyarakat sahaja?

























































Ulasan

Catatan Popular