-sains dan aku-

Ditulis pada 24/12/2016

Sains dan aku

Sains hanya bisa menerangkan how, tapi tidak boleh menjawab soalan why. Contohnya, sains boleh terang ‘bagaimana’ api boleh terjadi, tapi sains tidak boleh menerangkan ‘kenapa’ api terjadi. Sains hanya untuk dunia fizikal sahaja, dan tidak boleh melebihi dunia fizikal. Sains hanya bisa menerangkan specific  reality, bukan semua realiti, or not reality as whole. Kerna sains berdasarkan experiment, dan teori sains terbatas hanya untuk dunia fizikal sahaja. Tapi, saintis Barat telah menggunakan sains untuk menafsir realiti, di mana sains digunakan untuk menjawab soalan asas manusia (fundemental question)  seperti kenapa manusia hidup, manusia datang dari mana, siapa yang menciptakan dunia ini, sampaikan mereka menolak peranan agama dalam penafsiran sains.

Mereka katakan kenapa nak gunakan agama untuk menafsir realiti, sedangkan sains itu bisa menafsir realiti. Kenapa nak tahu peranan Tuhan dalam dunia ini, sedangkan sains bisa menerangkan fenomena alam. Kenapa nak tahu apa peranan Tuhan dalam fenomena alam, apabila sains bisa menerangkan fenomena alam. Sebab itu, ada yang kata ‘god is death’.

Sampai hari ini, pemikiran itu telah tersebar, di mana orang Islam yang ambil fizik, langsung tidak mahu ambil tahu apa peranan Pencipta dalam fenomena alam. Apa yang mereka kata hanyalah semua itu kuasa Allah, tapi mereka tidak mahu ambil tahu apa dan bagaimana nak tafsir sains, agar pentafsiran sains itu tidak hanya dilakukan oleh orang ateis sahaja. Cuba teka berapa ramai ahli sains yang ateis cuba mentafsir sains berdasarkan nilai mereka, dan berapa ramai pula orang Islam yang cuba mentafsir sains moden berdasarkan nilai mereka. Mungkin ada kesalahan andai kata seorang yang beragama mentafsir sains di mana teori sains itu datang daripada orang ateis, tapi, bukankah kita bisa melahirkan sains yang baru, dan akan mentafsir sains yang baru itu berdasarkan pandangan alam Islam. Faham, kritik dan inovasi. Dan pada satu tahap, akal akan tersedar bahasa sains itu ada limit, sampaikan mereka yang nak tahu realiti akan terus belajar, dan mencari guru untuk melatih hati mereka agar mereka boleh merasai realiti itu sendiri, di mana sains tidak boleh lagi mencapainya. Dan mungkin, realiti yang difahami berbeda dengan tafsiran sains ke atas realiti, dan pada satu masa, ilmu yang ada hanya untuk golongan tertentu sahaja yang bisa diberitahu, tapi masyarakat awam tidak perlu tahu, kerna setiap manusia itu ada tahap ilmu masing-masing, dan berkatalah dengan mereka mengikut tahap ilmu seseorang, kerna takut akan membawa kepada kekeliruan seandainya memberitahu sesuatu yang tidak sesuai dengan tahap ilmu seseorang.

Kita kekurangan ahli sains yang bisa tafsir sains mengikut pandangan alam kita, kenapa? Kerna mereka tidak tahu, bahawa sains itu perlu ditafsir, bukan sekadar sains itu sebagai sains sahaja, sains itu bukan sekadar mereka cipta teknologi sahaja. Cuba lihat ahli sains Barat yang ateis, cuba mentafsir sains mengikut pandangan alam mereka (ateism). Betapa hancurnya tafsiran itu. Dan aku buat apa?

Macam mana nak tafsir sains sedangkan tiada sesiapa yang betul-betul menguasai sains moden. Nak tafsir sains tidak perlu tahu secara mendalam, hanya perlu tahu general.



(kenapa nak tahu apa peranan Tuhan dalam fenomena alam, andai kata sains bisa terangkan fenomena alam? Cukup saja aku kata semua itu kuasa Pencipta. Adakah seperti itu sahaja jawapannya? Kalau seperti itu, adakah bisa dikatakan bahawa selepas Pencipta mencipta alam, Dia pergi meninggalkan dunia ini, dan biar sahaja graviti yang menyebabkan bumi mengelilingi matahari. Yang akhirnya, si ahli sains ateis akan mentafsir sains dengan mengatakan bahawa bumi mengelilingi matahari kerna graviti, bukan kerna Pencipta, yang akhirnya lagi, dia akan kata, apa peranan Tuhan dalam proses bumi mengelilingi matahari, adakah sekadar menciptakan bulan, bumi, dan graviti, dan selepas Dia mencipta semua itu dia pergi jauh dari dunia? Jawapannya adalah, jauhi ahli sains itu, fikrah pemikiran dia dah rosak... itu jawapan yang mungkin bakal diberi kepada aku andai kata aku soal soalan itu. Sampai bila? Sedangkan teori evolusi itu ada suruh perlu jauhi, kerna takut rosak akidah. Sampai bila? Adakah semua orang Islam itu perlu jauhi perkara-perkara seperti itu, yang akhirnya mereka pula disuruh aktif dalam berpolitik agar bisa memberi manfaat kepada ummah. Adakah mereka tidak rasa sedih apabila alam, haiwan dan tumbuhan ditafsir di mana tafsiran itu mempersoalkan kewujudan Tuhan? Adakah mereka tidak dengar bahawa alam, haiwan dan tumbuhan sedang menangis kerna dikala mereka dikaji, si ahli sains bisa pula mengatakan bahawa pencipta itu tidak wujud?

Adakah mereka anggap bahawa ilmu sains itu tidak perlu ditafsir kerna tidak mendatangkan apa-apa kepada ummah? Adakah mereka kata ilmu mentafsir sains itu tidak bermanfaat? Adakah tidak bermanfaat kerna tidak bisa digunakan untuk membantu masyarakat untuk hidup dalam sistem kapitalisme? Dan dianggap tidak penting kerna langsung tidak memberi faedah kepada ekonomi negara, masyarakat, universiti dan individu? Adakah penafsiran sains tidak memberi faedah kepada ummah, seperti mana sistem kapitalisme dan sistem demokrasi memberi faedah kepada ummah? Adakah penafsiran sains itu tidak memberi apa-apa bekas  kepada hati  seseorang, seperti mana teknologi memberi bekas kepada hatinya? Adakah penafsiran sains tidak memberi bekas kepada hati manusia seperti mana duit memberi bekas kepada hati manusia? Adakah penafsiran sains tidak memberi bekas kepada hati manusia seperti mana ‘cinta romantika’ memberi bekas kepada hati manusia? Adakah penafsiran sains tidak bisa membawa seseorang kepada  Penciptanya, seperti mana sistem kapitalisme dan liberal demokrasi yang bisa membawa seseorang kepada Penciptanya? Dan macam mana kau tahu penafsiran sains itu memberi bekas atau tidak kepada peminatnya, seperti mana ; macam mana kau tahu kapitalisme dan liberal demokrasi itu memberi bekas atau tidak kepada peminatnya?

Aku ada soalan, adakah cuba menafsir sains akan menyebabkan seseorang mencintai dunia, dan lupa Pencipta? Atau adakah seseorang yang cuba mentafsir sains, di mana dia asyik mempersoalkan apa hubungan sains dengan agamanya, dan apa itu realiti sebenarnya, di mana semua soalan itu telah menyedari dirinya bahawa ada ilmu yang lebih tinggi daripada itu, di mana dia akan mencari guru murshid untuk membersihkan hatinya, agar dia bisa membuang dunia daripada hatinya, dan letakkan cinta dunia-manusia di tangannya dan cinta Allah di hatinya, dan dikala dunia-manusia meninggalkannya, hanya tangannya yang terluka, dan di kala itu dia akan faham akan realiti sebenarnya?

Itu sains untuk aku. Aku tak anggap sains itu sekadar mereka cipta teknologi. Aku belajar sains, kerna aku nak tahu realiti. Aku nak tahu apa hubungan dunia ini dengan Pencipta – sains dan Islam. Aku tak minat belajar sains kerna peperiksaan kerna aku tahu, aku ini bodoh dalam bidang menjawab ujian, dan aku tak minat belajar sains kerna nak cari pekerjaan, kerna aku tidak mahu sibukkan diriku dengan mencari harta dunia, dan aku tiada masa nak layan hatiku dalam soal percintaan walaupun aku cinta seseorang.

 [aku tak rendah-rendahkan manusia yang cari semua itu, kerna kita bukannya robot yang perlu ikut apa manusia lain buat- ini hidup aku, dan itu hidup kau. Aku hanya nak tunjukkan kepelbagaian dalam ideologi. Sebab di kala ini, ego manusia telah menyebabkan manusia tidak bisa terima kepelbagaian personaliti dan karakter dalam bermasyarakat, yang akhirnya manusia hanya suka merendah-rendahkan usaha dan minat manusia lain, di mana dia anggap bahawa dirinya sahaja yang hebat , ego manusia akan anggap bahawa dia seorang sahaja yang apply ilmu, manusia di sekelilingnya tak apply ilmu. Ego manusia telah menyebabkan dirinya lupa bahawa manusia itu ada bermacam-macam karakter, di mana karakter itu terbentuk kerna kisah hidupnya telah menyebabkan dia jadi seperti itu – you know it-  pain alter our personalities, seseorang yang kau lihat hari ini tidak sama dengan hari yang lalu, tapi kisah hidupnya telah menyebabkan dia menjadi seperti itu- pain alter her/his personalities/attitude/character]

 Apa yang aku nak:

Aku hanya nak tahu, apa hubungan alam ini dengan Pencipta- aku hanya nak tahu, apa hubungan sains dan Islam dan apa itu realiti, dan adakah aku bisa bertemu dengan guru mursyid agar aku bisa tahu jawapan untuk semua itu dan pada masa yang sama aku bisa rasa cinta Allah ketika aku bersendirian (bukankah kita perlu sekali-sekala bersendirian dan bercinta dengan Pencipta- saya tak tahu macam mana); di mana jawapan itu bukan sekadar guna akal semata-mata, tapi juga guna hati. Bolehkan aku cari jawapan itu, atau aku terpaksa ikut sistem kapitalisme dan juang dalam sistem liberal demokrasi?

Nampaknya macam itu lah. Aku give up, nak cari apa hubungan Allah dengan dunia ini. Aku give up, nak cari apa itu realiti. Aku give up, untuk tahu apa hubungan sains dan Islam; aku give up nak cari bagaimana nak hasilkan tafsiran kepada alam ini; aku give up nak cari bagaimana nak jadikan ilmu kalam dan metafizik sufi sebagai penafsiran sains dan melawan isme-isme yang rosak hasil rekaan tamadun Barat. Aku give up segala-galanya, dan sekarang aku tengah fikir, bagaimana aku nak survive dalam sistem kapitalisme selepas habis belajar, dan parti apa yang aku perlu juang bersama. Walaupun UIAM ini ditubuhkan kerna nak islamkan ilmu... fuck off semua itu, bukan kerja aku. Aku nak kumpul duit dan hidup bahagia di dunia ini. Kenapa nak tahu apa hubungan sains dan Islam, lebih baik aku cari duit, cari awek.. kan indah hidup... dajal macam aku tiada masa nak layan dan tahu apa hubungan ontologi antara dunia ini dengan Pencipta... tiada guna.. semua itu langsung tidak memberi faedah kepada ekonomi kapitalisme, dan liberal demokrasi.

Sejak bila dajal dan pandir macam aku perlu berbicara akan tafsiran dan islamisasi ilmu. Itu kerja orang beriman dan pandai, aku pula... cari duit dan melancong kelilingi dunia. Dan aku nak tinggal kat Jepun, selama-lamanya, sebab sana tiada orang melayu yang beragama Islam, yang kerja mereka setiap hari adalah komen cara hidup orang lain sahaja, masuk universiti agar nanti keluar bisa apply, dan kritik ilmu dalam bidang masing-masing, tapi akhirnya, keluar universiti hanya pandai komen cara hidup orang lain sahaja. Kah kah kah kah.....ok, celaka sahaja semuanya...bye .... aku nak hisap rokok lah.....)

(hari ini aku tersedar sesuatu – aku ini dajal, kenapa dajal perlu tahu apa hubungan tafsiran-takwilan al-Quran dan tafsiran dunia ini. Kenapa aku yang ada major depressive disorder, bipolar disorder, social anxiety, borderline personality disorder, perlu buat apa yang orang beriman buat... fuck lah... Dajal buatlah perkara dajal, kenapa nak buat kerja yang orang beriman buat.. kan? So... jom hisap rokok....)























Ulasan

Catatan Popular