-dia, part 2-
Hari ini, lepas habis kelas, aku keluar, dan berjalan ke arah pintu utama, sambil bermain dengan telefon bimbitku. Aku senyum, kerna baca sesuatu yang lucu, dan dikala itu, ada seseorang menegurku. Aku menoleh ke depan, dan dia, yang telah berjaya mencuri hatiku, dan memenjarakan senyumanku, tengah berkata-kata denganku. Aku tidak perasaan, bahawa dirinya berjalan ke arahku, untuk menuju ke tangga. Dia tegur aku, dan aku hanya mampu senyum, dan angguk, kerna, di kala itu, mindaku kosong, hatiku kosong. Biasanya, minda sahaja rasa kosong, tapi aku tidak tahu, kenapa hatiku juga rasa kosong. Hati, biasanya rasa seronok, apabila wanita yang dicintai, berkata-kata dengan diri, tapi kali ini, hatiku rasa kosong, benar-benar rasa kosong, tanpa rasa apa-apa. Mungkin, hati ini telah sedar, bahawa dia bukannya untukku, dan aku tiada harapan, menerima cintaku dibalas olehnya. Hati dah penat dan lelah, belajar daripada kisah dahulu.
Di kala itu, dia berkata-kata, dan aku hanya bisa senyum, dan angguk sahaja, tanpa rasa seronok, mahupun excited, walaupun itu pertama kali, dia berkata kepadaku, di kala tiada manusia di sekeliling.
Aku tahu, hanya aku yang merasai, peristiwa tadi istimewa, dan bagi dirinya pula, peristiwa itu, hanyalah sekadar perkara biasa, dalam hidup bermasyarakat. Aku tahu itu, tapi hati ini, setelah kosong, kembali gembira, selepas aku berlalu pergi, selepas dia, berkata-kata denganku. Dasar hati ini, tidak mahu belajar daripada akal, dan tidak mahu menerima realiti, dan tidak mahu ingat kisah dahulu.
Hati ini berkata
"Kan indah, andai kata, cintanya adalah untukku, andai kata dia adalah milikku. "
Tapi akalku berkata pula
"Ah! Aku tidak mahu, cukuplah semua itu, sekadar permainan realiti, untuk kau fantasikan, sebagai sumber inspirasi sasteramu itu, dan biar psikologi hasil kerosakanku, menjadi salah satu pentafsir cinta, untuk realitimu, dan juga imaginasimu."
Hati sekadar terima, apa yang diperkatakan oleh akal, kerna hati tahu, ikut akal atau lawan akal, cintanya tetap tidak akan berkembang mekar, si dia tetap tidak akan memandangnya, dengan pandangan cinta. Terima tanpa lawan, terima tanpa ikut.
Ulasan
Catat Ulasan