-dia-

Hari ini, selepas dia habis kelas, dia keluar, dan di kala itu, dia memandang handphone-nya, sambil senyum, dan berjalan, untuk pulang. Tiba-tiba, ada seseorang menegur dirinya, wanita yang menyentuh hatinya. Wanita itu berkata kepadanya, dan dia hanya angguk sahaja, kerna dia tidak tahu, apa yang perlu dikatakan, di kala wanita itu berkata-kata. Dia hanya mampu senyum, senyuman yang sekadar sementara, kerna dia sedar akan realitinya. Tapi, mungkin cukup, andai kata wanita itu, sekadar sedar akan kewujudan dirinya, walaupun kewujudan itu sekadar sementara, sekadar kewujudan tanpa watak dalam kehidupan wanita yang dia cintai itu.


Lebih baik, andai kata wanita itu tidak suka akan dirinya, kerna dia juga tidak mahu membina masjid, tapi apakan daya, dia tidak bisa membuang rasa cinta dalam hatinya. Tapi, dia belajar, agar ; cukuplah saja rasa cinta itu dia sendiri rasa, tanpa perlu dibalas, kerna dia ada sesuatu yang dia hendak lakukan.


Indah, di kala wanita itu, berkata dengannya, walaupun sekadar kata, kerna hal common sense bermasyarakat. Tapi, dia sentiasa berharap, agar wanita itu bercakap dengannya, dan bertemu dengannya, tanpa sengaja, apabila berjalan. Dan, hari ini, ia terjadi, dan wanita itu pertama yang menegur dirinya, kerna ketika berjalan, dia tidak sedari, bahawa wanita itu ada depannya, berjalan ke arah bertentangan dengan arah jalannya.


Indah, dan sesuai untuk inspirasi, sastera rosaknya itu.


Kata dia, kepada dia di dalam hatinya 


"Terima kasih, kerna wujud di dalam hidupku, walaupun kau hanya sekadar teman sasteraku, dan aku mungkin sampah di pandangan matamu. Tapi, bagi aku, cukuplah saja, aku bisa mencintaimu, tanpa pengetahuanmu, kerna, aku tahu, kau tak kan cinta aku, selama-lamanya."














Ulasan

Catatan Popular