-jatunya cinta, ke sangkar hatiku-
Ku jatuh cinta, dengan seorang wanita, dan seperti biasa, bertepuknya tanganku tanpa bunyi keindahan. Aku asyik berfikir, cinta ku ni adalah kepada manusia, dan ia memberiku keindahan ilusi, keindahan imaginasi, andai kata cintaku diterima olehnya. Setiap pagi, bangunku indah, kerna, hari itu, aku bakal memandang wajahnya, memerhati tingkah lakunya, yang memberi kesan ke atas hatiku ini, walaupun kesan itu, hanya ke atas hati ku sahaja, bukan ke atas hatinya, juga . Aku cinta akan dia, tapi, cintaku ini, sekadar aku seorang sahaja, yang rasai, kerna aku sembunyikan kewujudanku, aku sembunyi di sebalik manusia lain. Aku cinta akan dirinya, yang membuatkan ku berimaginasi dengan keindahan cinta ,serupa drama yang bisa aku rasai, di saat aku dipanggil masuk ke dalam drama itu.
Tapi, ada kalanya juga, hatiku rasa akan keperitan, kerna cintaku itu, sekadar imaginasiku untuk bersemangat hidup. Dan, hati ini rasa seksa, di kala, aku tahu, dia tidak akan cinta aku, dan dia mencintai insan lain. Apakan dayaku... Di kala, keindahan cinta imaginasiku, berbeda dengan realiti cintaku, badan ini, terasa berat, hati ini terasa hancur, berjalanku terasa lelah, dan aku hanya mahu, tidur sepanjang hari, tanpa perlu berjumpa dengannya. Aku rasa seksa, dengan rasa ini.
Ku terfikir, aku cinta dia, tapi, dia tak langsung memandang aku . Sampai kapan, aku harus mencintai manusia, yang langsung tidak memandangku, yang langsung tidak menyedari kewujudanku. Aku melihat langit, keindahan birunya menyentuh hatiku, ditemani dengan putihnya awan yang digerakkan angin, dan sang mentari di ufuk sana yang hampir hilang cahayanya. Aku memandang alam, dan terfikir, bagaimana rasanya, andai kata aku mencintai Pencipta alam ini, apa rasanya. Kenapa aku mencari cinta manusia, sedangkan cinta manusia tidak kekal, cinta manusia sekadar ilusi drama, yang aku ingin realitikan. Apa rasanya pula, andai kata aku jatuh cinta kepada Pencipta?
Aku, cinta manusia, dan cinta itu memberi bekas ke atas hatiku, bagai lagu keindahan cinta menusuk kalbuku, aku menari keindahan di ilusiku, kerna sekadar cinta ilusi manusia. Apa rasanya pula, andai kata, aku jatuh cinta kepada Pencipta? Adakah menarinya aku dengan kemabukan cinta kepada Pencipta, lebih indah rasanya, berbanding tarianku, kerna cinta romantika manusia? Aku mencari cinta Pencipta, walaupun luaranku hancur, dek kerna personaliti rosakku, dan juga psikologi rosakku, yang telah rosakkan jiwa yang menjadi pentafsir kepada realitiku. Aku, tidak mahu mencari cinta manusia, kerna hidupku ajar, bahawa cinta romantika, sekadar ilusiku.
Apa rasanya, mencintai Pencipta? Adakah hati ini, mencintai Pencipta melebihi cintaku terhadap wanita itu, atau adakah aku mencintai wanita itu, melebihi cintaku kepada Pencipta? Atau, adakah aku cinta wanita itu, kerna Pencipta? Aku keliru, kerna manusia telah memberi bekas ke atas hatiku. Aku keliru, kerna manusia, telah membuatkanku menyusun ayat, bahawa aku cinta dirinya kerna Allah. Tapi, bagaimana andai kata wanita itu tidak wujud, andai kata wanita itu hilang, masih adakah cinta ku kepada Pencipta? Atau cinta ku kepada Pencipta juga hilang dibawa bersama oleh wanita itu?
Aku asyik berfikir, aku cinta akan manusia, hinggakan ia memberiku imaginasi keindahan, apatah lagi, andai kata cintaku itu dibalas olehnya, tapi apa pula rasanya jatuh cinta kepada Pencipta? Aku mencari cinta ilahi, walaupun zahirnya aku menipu, tapi kalbu ini, sakit, kerna dunia telah memberi bekas ke atasnya.
Ya Allah, andai kata cinta ku kepada wanita itu membuatkanku lupa akan diri-Mu, tariklah perasaan ini, agar aku bisa merasai akan nikmat cintamu, tapi andai kata cintaku kepada wanita itu, menyedarkan aku akan cinta-Mu kepada setiap hambanya, aku berdoa, agar aku tidak melupakan-Mu andai kata cintaku itu tidak dibalas olehnya.
Ulasan
Catat Ulasan