-kritik-
Perkara yang paling
seronok, adalah kritik cara hidup manusia lain. Kritik cara hidup mereka, kerna
mereka tidak ikut apa yang kita buat, mereka tidak ikut, ideologi yang kita
pegang. Salah satu perkara yang seronok di dunia ini, adalah mengkritik cara hidup
manusia lain, kerna manusia itu berbeda dengan cara hidup kita, sampaikan aib
dia bisa dijadikan senjata utama, kepada kata-kata dan tulisan, kita sendiri.
Dan, kebanyakan manusia di era ini, memang suka menyusun kata, untuk
berkata-kata, menyusun kata, untuk menulis, kerna hanya nak sakitkan seseorang
yang berbeda pegangan ideologinya, sampaikan ada yang kafir-mengkafirkan, dan
ada yang diberi gelaran, yang bermacam-macam bunyinya.
Kita meminati
politik, dan kita pun nak manusia lain, meminati politik, seperti mana kita
minat akan politik, sampaikan ada manusia yang tidak minat akan politik, akan
dikritik cara hidupnya. Mereka itu akan dikritik cara hidupnya, kritik yang
dicampuri dengan unsur-unsur agama, agar si pengkritik bisa buktikan, bahawa
ideologi yang dia pegang adalah hebat. Yang dikritik akan diberi gelaran
bermacam-macam, dan aib personaliti yang dikritik menjadi terang, agar bisa
digunakan untuk menyerang mereka, kerna mereka tidak minat apa yang kita minat.
Mereka yang tidak tahu apa-apa mengenai politik, akan diberi gelaran
bermacam-macam, sampaikan dianggapnya bahawa manusia itu tidak peduli ummah,
hanya mementingkan diri sendiri, dan tiada guna dalam masyarakat Islam. Ada
pula, yang anti politik, sampaikan dia juga guna cara yang sama dalam
mengkritik manusia yang meminati politik. Dua-dua sama, hanya mewujudkan
persengketaan yang tiada akhir, hingga masing-masing lupa, akan apa bidangnya.
Ada yang meminati
ekonomi pula, sampaikan dia menganggap bahawa ekonomilah sahaja yang boleh
majukan ummah, sampaikan disuruhnya manusia lain, buat apa yang dia buat, dan
merendah-rendahkan usaha manusia lain, yang tidak ada kena mengena dengan
ekonomi. Ada pula yang anti-ekonomi, sampaikan menuduh peminat ekonomi sebagai
hamba kapitalis, menuduh ekonomi sebagai manusia yang merosakkan alam, kerna
memandang alam ini, sebagai sumber kewangan. Ego manusia, dia hanya tahu cari
kesalahan manusia lain, dan menutup mata kepada kelemahan diri sendiri.
Ada yang meminati
ideologi, sampaikan dia anggap bahawa ideologi itulah terhebat sekali,
sampaikan semua manusia wajib tahu ideologi, dan seandainya tidak tahu
ideologi, maka cara hidup mereka akan dikritik, kerna dikatakan no function
kepada society. Ada pula yang anti ideologi, sampaikan merendah-rendahkan
manusia yang meminati ideologi, dan mengkritik cara hidup mereka, kerna tidak
masuk ke dalam masyarakat. Masing-masing cari kelemahan pihak lawan, dan
menjadikan kelemahan itu sebagai senjata, bahawa ilmu yang dia minati tidak
berguna.
Ada yang meminati
ilmu tasawuf, sampaikan merendah-rendahkan ilmu syariat, dan ada juga yang
meminati ilmu syariat, tapi merendah-rendahkan ilmu tasawuf, sedangkan dua-dua
itu penting. Tapi, hanya kerna ego, kita akan anggap apa yang kita buat dan
pilih, adalah yang terhebat sekali, berbanding pilihan manusia lain. Itu ego
manusia.
Ada yang meminati
falsafah, hinggakan dia memandang rendah ahli sains, kerna ahli sains hanya
mementingkan matematik, sampaikan tidak mengetahui apa hubungan sains dengan
realiti, dan ada juga yang meminati sains, sampaikan dia menghina ahli
falsafah, kerna ahli falsafah hanya tahu mengkritik tafsiran sains, dan ahli
falsafah tidak tahu pun mengenai sains secara mendalam, seperti diketahui oleh
ahli sains sendiri. Bukankah sains dan falsafah itu ada hubungannya, terutama
'falsafah' Islam, seperti ilmu kalam, dan juga metafizik sufi, agar bisa sains
moden itu ditafsirkan, mengikuti pandangan alam Islam. Biasalah ego manusia,
dia akan anggap ilmu yang dia pelajari itulah terhebat sekali, berbanding ilmu
yang lain, sampaikan dia tidak tahu bahawa semua ilmu itu berhubungan.
Ada yang meminati
sains, sampaikan dia merendah-rendahkan sastera, hanya kerna sastera tidak bisa
hasilkan material, hanya kerna sastera tidak membawa sumbangan kepada
perkembangan teknologi. Ada yang meminati sastera, sampaikan dia
merendah-rendahkan sains, kerna sainslah yang menjadi catalyst kepada revolusi
perindustrian, yang hanya melahirkan manusia yang materialistik, tanpa
perasaan.
Ada yang meminati
sains, sampaikan merendah-rendahkan agama, kerna menganggap agama tidak memberi
apa-apa sumbangan kepada ilmu sains, dan ada yang meminati agama, sampaikan
merendah-merendahkan ilmu sains, kerna dikatakan bahawa buat apa pakar sains,
tapi agama ke laut. Kan bagus, kalau ada manusia, yang bisa mengharmonikan ilmu
agama dan ilmu sains, agar bisa lahirkan tafsiran sains sendiri, seperti mana
ulama kalam kita, bisa hasilkan metafizik atom, yang berunsurkan dengan
pegangan agama kita.
Ada yang anti
ideologi, sampaikan dia juga anti falsafah, kerna menganggap bahawa dua-dua itu
adalah sama, sedangkan ideologi itu adalah doktrin yang diikuti oleh
masyarakat, manakala falsafah itu, adalah berkenaan dengan hikmah, kerna
bukankah semua ilmu ada hikmahnya masing-masing. Kenapa 'pangkat' ilmu yang
tertinggi diberi nama PhD? Kenapa Doctor of Philosophy? Dan, hikmah juga ada
dalam Islam, Islam pun ada falsafah/hikmahnya tersendiri, kerna bukankah kita
perlu berhikmah dalam beragama? Ada yang kata tidak berguna belajar falsafah.
Ya, memang tidak berguna belajar falsafah, andai kata falsafah itu difahami
guna/dengan cara ahli falsafah. Tapi, bagaimana kalau falsafah itu difahamkan
dengan menggunakan cara ulama kalam, dan ulama metafizik sufi? Adakah sia-sia
juga? Persoalan yang dikeluarkan oleh ahli falsafah, telah dijawab dengan baik,
oleh ahli kalam dan ahli metafizik kita, sampaikan ulama kita bisa lahirkan
ilmu kita sendiri, yang bersumberkan al-Quran. Ya, ilmu falsafah itu penting,
tapi tidaklah sampai semua manusia perlu belajar falsafah secara mendalam, dan
tidaklah sampai falsafah itu tidak perlu dipelajari oleh semua orang. Cumanya,
ego manusia, suka memandang rendah ilmu, yang dia tidak minat, hinggakan dia
menyusun ayat agar menjauhi ilmu yang dia tidak minat itu.
Ada manusia yang
meminati sains, sampaikan merendah-rendahkan ilmu metafizik, kerna menganggap
ilmu metafizik itu, hanya membingungkan, kerna buat apa nak tahu peranan Tuhan
ke atas alam ini, andai kata alam ini bisa diterangkan tanpa perlu menggunakan
peranan Tuhan. Dan, buat apa nak tahu peranan Tuhan ke atas alam ini, kerna ia
bukan saintifik. Kalau begitu, apa hubungan tafsiran sains moden dengan
tafsiran al-Quran? Tapi, ilmu metafizik bukan semua manusia perlu pelajari
secara mendalam, tapi tak lah sampai perlu diabaikan, kerna dianggap tiada
fungsi kepada ilmu moden.
Ada manusia, yang
hanya tahu nilai manusia berdasarkan zahir, dan dia lupa akan hati manusia, ada
pula yang hanya tahu nilai manusia berdasarkan hati, tapi tidak menilai manusia
berdasarkan zahir, persoalannya, bagaimana dia menilai manusia berdasarkan
hati, sedangkan dia tidak bisa lihat hati manusia lain?
Ada manusia yang
nak dunia dan akhirat, sampaikan dia memandang rendah manusia yang hanya nak
akhirat sahaja. Persoalannya sekarang, adalah semua manusia bisa dapat dunia
dan akhirat sekali? Saya tidak tahu, tapi tanyalah hati masing-masing, adakah
kita letak dunia di hati atau tangan kita, kerna adakah dikala dunia tinggalkan
kita, ia memberi luka ke atas hati kita, atau sekadar jari kita.
Ada manusia yang
menuntut ilmu, sampaikan ilmu itu, dia gunakan semata-mata, untuk cari
kesalahan dan kelemahan manusia lain. Ada manusia yang menuntut ilmu, hanya
kerna nak kalahkan seseorang, hanya kerna nak menang berdebat, dan ada yang
hanya kerna nak dapat gelaran seorang yang berilmu. Ada yang menuntut ilmu,
kerna nak cari kesalahan diri sendiri, kerna nak tahu kelemahan akalnya, dan
kelemahan hatinya. Ada yang menuntut ilmu, kerna dia tahu dia bodoh, dia tahu
dia jahil, dia tahu akal dan hatinya rosak, dan dia harap, dengan ilmu dia bisa
dapat kebenaran dan menjauhinya daripada kekeliruan dan fitnah akhir zaman.
Ada manusia ,yang
tidak bisa bezakan apa itu ilmu, apa itu maklumat, apa itu pandangan, sampaikan
mulutnya berkata bahawa dia apply ilmu, tapi persoalannya, adakah dia apply
ilmu atau apply maklumat atau apply pandangan atau apply ideologi. Saya tidak
tahu, sebab saya sendiri tidak tahu, sama ada saya apply ilmu, atau apply
maklumat, atau apply pandangan atau apply ideologi, atau langsung tidak apply
apa-apa.
Ego seorang manusia
adalah, dia akan anggap bahawa apa yang dia buat, adalah terhebat sekali,
sampaikan dia hilangkan hikmah dalam dirinya, kerna memandang rendah usaha
manusia lain. Ego manusia memang menakutkan.
Aku berada di mana?
Ulasan
Catat Ulasan