-hilang, lagi-
Hilangnya indah dalam kewujudan empirikalku
Ku turut sahaja keindahan imaginasi
Tapi menakutkan kerna menakutkan sahaja
Percuma semuanya angan keindahan
Keinginan tinggal khayalan sementara
Terbang menjauhi hati di awan atas sana
Telah gugurnya dihayut deras kerisauan ego
Lupa terbang seperti helang
Jalan sekadar gagak yang patah sayap
Dilihat hanya sebagai penyemak masyarakat.
Relanya diturut
Bersendirian agar hilang rasa egonya di bumi
Susun ayat sekadar kepuasan ego
Menyerang sang pelangi yang indah di mata zahir.
Ku hilangkan diri di empirikal...........
Selama-lamanya..
Rasa bersendirian di khayalak
Rasa ramai di persendirian
Terlihat seperti kesunyian
Tapi kepuasan seperti beramai
Ku sahaja yang tahu.
Ulasan
Catat Ulasan