-sedari-
Telah kusedari,
tahu banyak informasi hanyalah sakit akhirnya
Sekadar depresi sahaja pengakhiran teman.
Ku sedari
Tiada guna tahu semuanya
Kerna khayalan sahaja keindahan
Alienisasi sahaja tafsiran hermeneutika.
Ku sedari
Tahu banyak hanya seksa peneman
Hanya depresi peneman
Lebih baik tidak tahu
Daripada tahu
Kerna tahu sekadar tahu
Tanpa kegembiraan
Sekadar hilangkan sahaja
Erti kegembiraan......
Buat apa nak wake up
Lebih baik tidur saja
Selama-lamanya.
Lebih baik
Ku pilih baca sastera saja.....
Baca puisi saja.....
Baca sajak saja....
Baca syair saja....
Dan, abaikan sahaja
Segalanya....
(Informasi)
Ah! Aku tidak mahu lagi
Berkata-kata informasi siapa terhebat
Sampah semuanya
Ah! Aku tidak mahu lagi
Debat siapa yang berinformasi
Debat siapa yang banyak tahu
Sampah segalanya
Bangkai sahaja hatiku
Hasilnya.
Ulasan
Catat Ulasan