-salahku-
Kesalahan terbesarku adalah, aku mendekati sastera, di kala psikologiku menelan jiwaku.
Kesalahan terbesarku adalah, aku mendekati sastera, dikala hatiku tak suci, kerna dirosakkan oleh mental illness-ku.
Kesalahan terbesarku adalah, aku membuatkan sastera ini, seperti hanya untuk sampah rosak sepertiku.
Kesalahan terbesarku adalah, aku membuatkan sastera kelihatan, untuk manusia pemalas sepertiku, manusia yang tiada semangat juang.
Kesalahan terbesarku adalah, aku mendekati sastera setelah aku malas menghayati sains.
Kesalahan terbesarku adalah, aku suka akan sastera, setelah aku kalah melawan monster psikologiku, di mindaku.
Kesalahan terbesarku adalah, aku suka akan sastera, kerna sastera bisa ku ungkapkan kata-kata kegelapan psikologiku..
Kesalahan terbesarku adalah, aku telah rosakkan sastera....
Aku telah rosakkan sastera..........
Adakah aku salah? Adakah aku salah kerna abaikan bidangku di universiti, dan mendekati sastera? Malah, aku menulis kerosakan... adakah aku salah....?
Ya, aku tahu, aku salah. Sebab itu, aku pilih diam, dikala aku dikritik cara hidupku...... aku pilih diam, di kala aku dipandang hina...... kerna aku juga kritik cara hidupku, kerna aku juga, hina akan diriku sendiri......
Jangan kenal aku..... please...
Dan, dalam hidupku, tiada istilah
"Biasanya manusia yang tidak mahu dikenali, dia itu sebenarnya mahu dikenali oleh seseorang yang istimewa....."
Suatu ketika dulu, kata-kata itu benar, tapi hati aku, dah lama buang, kata-kata itu, kerna ia palsu, ia ilusi, dan ia sampah..... sekadar ayat celaka, hasil ilusi harapanku....
Ulasan
Catat Ulasan