-bunga-
dia bukanlah pemilik bunga clematis
dia itu sekadar penyiram bunga cypress
sambil mengumpul dedaun mati
di jiwa batinnya.
pada masa yang sama dia suka akan bunga ros
malah dia selalu menemani bunga ros
dengan berharap bunga ros yang putih itu
bisa hidup semula setelah layu mati.
dia tahu itu mustahil
tapi segala adalah bunga ilusi
peliharaan psikologinya
maka dia juga berharap ilusi
di dunia ilusi.
hidup zahirnya
dia peminat bunga wolfsbane
malah dia tanam bunga itu
di bilik kecilnya
di bilik gelapnya
di dunia kecilnya.
bunga wolfsbane itu ditanam
ditengah-tengah bunga geranium
hitam warnanya
sesuai warna psikologinya
yang sentiasa tafsir rosak akan realitinya
yang hanya membawa
kepada gugurnya lagi daun
di pokok ilusinya
yang semakin hari semakin sayu daunnya.
dia juga lemas bukan sekadar hilangnya bunga clematis dalam mindanya
tapi juga kerna kebodohan dirinya
memelihara bunga althea.
Bunga itu
telah berkembang biak tanpa kawalan
sehinggakan bunga yang lain
iaitu bunga asclepias berserta bunga cypress dan aconite juga berkembang biak
melayukan lagi bunga clematis.
"dia lemas hasil althea
adonis kisahnya membunuh hatinya
sikit demi sikit,
yang membawa kepada aconite
kewujudan zahirnya.
hati dan akalnya itu
selalu memegang bunga achillea
simbol kepada peperangan jiwanya
melawan monster yang ada di akalnya.
tapi monster itu
asyik menang
dan menyuburkan lagi bunga cypress
dan membawa kepada tumbuhnya bunga bellwort."
akhirnya
hatinya nilai akalnya
umpama dia memerhati bunga basil,
begitu juga sebaliknya.
Ulasan
Catat Ulasan