-manusia-
apa kesilapan manusia moden
adalah dia nak semua manusia
buat apa yang dia buat
usaha apa dia usahakan.
dia nak merobotkan manusia
agar lahirlah negara robot
negara yang semua manusia
lakukan, minat, ideologi, usaha sama.
dalam bahasa mudahnya
mereka tak nak ada kepelbagaian
dalam bermasyarakat.
manusia moden
apabila berlaku sesuatu ke atas dirinya
ataupun ke atas keluarganya
yang bertentangan dengan adat masyarakat
mahupun bertentangan dengan penerangan sains
cepat-cepat mereka sebarkan
agar manusia lain tahu
agar manusia lain bisa cari dan buat
agar mendapat faedah yang sama
yang telah berlaku ke atas diri
si penerima faedah itu.
pada pandangan saya
andailah berlaku sesuatu yang bertentangan
dengan adat masyarakat
mahupun bertentangan dengan penerangan sains
diam, diam itu lebih baik.
misalnya, kamu itu ada sakit
di mana sakit itu tiada harapan sembuh
selain memakan ubat yang diberi doktor
itupun bukan menyembuhkan sempurna
sekadar penahan sakit
ataupun sekadar memperlahankan proses
penyakit itu.
dan, kerna merasakan sakit itu tidak bisa sembuh
dengan memakan ubat,
maka kamu menjauhi segala kemodenan perubatan
dan akhirnya kamu pergi tinggal ke kampung
bukan mencari bomoh
bukan juga mencari ubat alternatif
(kalau cari ubat pun
sekadar herba tumbuh-tumbuhan
ataupun buah-buahan)
tapi, tujuan utama kamu tinggalkan segalanya
adalah kamu mahu bersedia untuk akhir nyawa.
pada suatu ketika
beberapa tahun berlalu
kamu rasakan badanmu makin sihat
sakitmu seperti hilang
maka kamu pergi berjumpa doktor
dan memeriksa segala.
Doktor pun kata
kamu dah sembuh, sempurna
sakitmu dah hilang.
maka apa yang manusia moden buat
kebiasaannya?
mereka akan coba sebarkan semua itu
agar segala manusia tahu.
mereka menyusun ayat
"ubat moden tak bisa sembuhkan penyakit itu,
tapi herba kampung bisa pula."
"kenapa nak ambil ubat moden,
lebih baik kamu ke kampung
dan cari ubat alternatif
kerna itu si dia
yang telah sihat tanpa perlu
makan dia ubat moden."
kesalahan manusia moden
dikala sesuatu itu lari daripada ikutan masyarakat
maka mereka cepat-cepat sebarkan
agar manusia lain ikut
apa yang seseorang itu buat
dengan harapan manusia lain itu
bisa dapat faedah
apa yang si pendapat faedah itu pernah dapat.
manusia moden pun
coba mensistemkan cara si penerima nikmat itu
agar manusia lain yang ada penyakit sama
ikut cara hidupnya si penerima nikmat.
pada pandangan aku
lebih baik diam
daripada sebarkan peristiwa itu
kerna apabila peristiwa itu
coba disistemkan
maka ia menjadi rosak.
kenapa ia rosak
apabila peristiwa itu coba disistemkan?
kerna ramai manusia akan tafsir salah
peristiwa itu
dan yang utama sekali
Allah nak tunjukkan kepada si penerima nikmat
bahawa kuasa Allah itu
tidak dikawal oleh sebab dan akibat
nikmat Allah itu
tidak dikawal oleh sebab dan akibat.
diamkan peristiwa
yang bertentangan dengan ikutan masyarakat
kerna takut peristiwa itu dirosakkan
hasil tafsiran rosak
hasil juga kerna coba mensistemkan peristiwa itu.
diam dan diam
kerna penyakit itu hilang
kerna kuasanya Pencipta
kepada manusia
agar dia ingat
bahawa Allah itu
tidak perlu ikut
sebab dan akibat.
diam
manusia yang tahu juga diam
dan jangan suruh manusia lain
buat apa yang si penerima nikmat buat
seperti menyuruh manusia lain
tidak mengambil ubat moden
hanya sekadar ke kampung
dan copy paste cara hidupnya
si penerima nikmat.
diam dan diamlah
dikala sesuatu itu terjadi
di mana ia bertentangan dengan adat majoriti
bertentangan dengan penerangan sains moden
dan juga bertentangan dengan rasional fahaman moden.
ya, ada yang tidak setuju
ilmuwan tidak apa andai kata tidak bersetuju
tapi masyarakat awam
lebih baik mereka pilih diam
dan jangan sebarkan peristiwa itu
kerna sebaran mereka hanya merosakkan.
diam dan diam
jangan nak merobotkan manusia
agar ikut si penerima faedah itu.
jangan nak suruh semua manusia
ikut apa yang si penerima faedah buat.
diam dan diam
kerna peristiwa itu ada pengajarannya.
kalau nak kaji
atau nak mensistemkan peristiwa itu
aku tak halang
tapi kajilah sampai habis
dengan ikut sistem ilmu yang betul
baru sebarkan,
ini tidak
semuanya nak sebarkan
tanpa fikir apa akibat sebarnya sesuatu itu.
Ulasan
Catat Ulasan