-sains-

saintis kata
bahasanya alam itu adalah matematik
kerna matematik bisa terang
akan prosesnya alam.
ku tertanya-tanya
benarkah alam ini
bahasanya matematik
kerna kalau bahasanya alam itu
adalah matematika
kenapa mereka yang pandai matematik
tidak kasih akan alam
kenapa?
adakah kerna matematik itu
hanyalah terangkan proses sahaja
dan tidak bisa memberi kesan cinta
ke atas hati, cinta kepada alam ini?
atau, bahasa alam ini bukanlah matematik
tapi matematik itu hanyalah bahasanya
ahli fizik untuk faham akan proses alam?
matematik itu hanyalah permainan minda
si ahli fizik, yang dia gunakan
untuk terangkan proses alam
tapi realitinya alam itu
tidak lah mengikuti hukum matematik
begitukah?
atau salahnya manusia
kerna terlalu pentingkan matematik
sampailah abaikan mereka alam
dan merosakkannya lagi?

kalau matematik itu
si ahli fizik guna untuk faham alam
apa pula bahasanya si ahli sastera
yang dia gunakan untuk faham alam,
untuk cinta alam?

ya, ramai yang kata
bahasanya alam itu
adalah matematika
kerna ia ada sumbangannya
kepada perkembangan teknologi moden.
tapi, ku harap
semoga makin-nya kita faham bahasa alam
makin kita cinta akan alam
bukan merosakkannya lagi
hasil sifatnya
materialistik ego manusia.

Ulasan

Catatan Popular