-dia-
Hari ini (14.01.2017),
aku berjalan sekitar Kuala Lumpur, bersendirian dari pagi sampailah ke malam.
Ketika aku duduk,
di luar sebuah pusat beli belah,
sambil mendengar lagu sekumpulan busker,
aku jumpa seseorang
mungkin ku kenal dan mungkin juga ku tak kenal
mungkin dia kenal diriku, mungkin juga tidak.
Ku lihat dia tertawa, menyanyi menari tersenyum.
Tapi, kenapa di kala aku menghulurkan kertas ciptaan manusia itu
kamu hanya memandang bawah sahaja
dan ucap terima kasih tanpa pandang mataku
Kenapa?
Adakah kerna zahirmu lari daripada syariah?
Adakah kerna zahirmu lain
daripada apa yang pernah kita pelajari,
di waktu kecil dulu?
Adakah kerna itu
kamu malu memandang mataku?
Jangan kamu khuatir
secara jujurnya, zahirmu itu memang lari
daripada apa yang ada dalam buku agama
yang pernah ku baca
tapi, aku tak suka nak copy kata-kata buku itu
dan paste kan ke arah cara hidupmu, zahirmu.
Bagaimana aku nak paste kan kata-kata itu
sedangkan batin ku rosak hancur
ditelan ideologi tafsiran psikologi rosakku.
Kita sama
yang beda cuma zahir dan batin kita.
Dan
Yang utama sekali
tawamu dah tak lagi seperti tangis
senyuman mu dah jadi real tanpa ilusi lakonan
matamu dah bercahaya, tak seperti dulu
jadi mana bisa ku paste kan kata-kata itu.
Itu hidupmu
jangan malu hanya kerna aku ini mungkin mahasiswa di satu universiti ehem ehem.
Asalkan tawamu tak lagi seperti tangisan yang pernah ku lihat.
Itu dah cukup bagiku
kerna ku tak layak nak kritik cara hidupmu
zahirmu.
Macam mana aku nak cari kesalahan orang lain
sedangkan aku lagi bermasalah,
dan aku pun jarang nak baiki diriku.
Nyanyi dan teruslah menyanyi
walaupun bertentangan dengan apa yang pernah kita pelajari...
Nyanyi dan menarilah
Pakai saja apa minat mu..
Kau bertudung atau tidak
bagiku sama sahaja
Aku tak akan kritik...
Kerna aku sendiri pun rosak....
Ulasan
Catat Ulasan