-open minded-

17.01.2017

Ada kalanya
manusia yang suka bersendirian itulah
yang lebih open minded
berbanding mereka yang suka bermasyarakat.
Kenapa?
Kerna yang suka bermasyarakat itu
sebenarnya bukan bermasyarakat
tapi sekadar habiskan masa bersama spesiesnya sahaja
di kala dia masuk ke spesies lain
dia terpaksa berlakon....

Ada kalanya
manusia yang suka bersendirian itulah
yang lebih open minded
berbanding mereka yang suka bermasyarakat.
Kenapa?
Kerna yang suka bermasyarakat itu
sebenarnya bukan bermasyarakat
tapi sekadar lepak bersama spesiesnya sahaja
yang sama pemikirannya, sama ideologinya, sama percakapannya, sama perangainya, sama minatnya
Dan di kala dia jumpa spesies lain
yang lain daripada spesiesnya
dia akan mengkritik cara hidup, pemikiran, ideologi, minat spesies yang lain itu
dan juga, dia mahu spesies yang lain itu
ikut apa yang dia buat
ikut apa yang dia faham, fikir, segalanya,
termasuk ideologi, minat, pakaian, buku, muzik, drama, movie, falsafah, cara hidup, tafsir hidup...
hinggakan dia lupa
bahawa ada kepelbagaian dalam masyarakat.

Ada kalanya
manusia yang suka bersendirian itulah
yang lebih open minded
berbanding mereka yang suka bermasyarakat.
Kenapa?
Kerna yang suka bermasyarakat itu
sebenarnya bukan bermasyarakat
tapi sekadar 'bersendirian' dalam spesiesnya sahaja.
Dan, yang suka bersendirian
yang tidak bisa masuk ke mana-mana spesies masyarakat
akan belajar untuk terima kepelbagaian
agar dirinya tidak jauh daripada masyarakat
agar dirinya tidak menjauhi masyarakat.
Dia akan belajar terima kepelbagaian dalam bermasyarakat
asalkan kepelbagaian itu tidak melebihi batas ataupun melanggar batas.

Ada kalanya
manusia yang suka bermasyarakat itu
lebih open minded
berbanding mereka yang tidak suka bermasyarakat.
Kenapa?
Kerna yang suka bersendirian itu
hanya tahu apa yang dia minat
tapi tidak tahu apa yang masyarakat sekelilingnya minat.

Ada kalanya
manusia yang suka bermasyarakat itu
lebih open minded
berbanding mereka yang tidak suka bermasyarakat.
Kenapa?
Kerna yang suka bersendirian itu
tidak dapat membantu apa-apa kepada masyarakat
Dia hanya tahu berkurung dan menjauhi masyarakat kerna malas melayan karenah mereka.

Jadinya
mana yang lebih baik
mereka yang suka bersendirian
atau yang suka bermasyarakat?
Jawapannya sebenarnya telah dijawap oleh pembaca sebelum habis membaca semua ini
Kerna jawapan itu adalah terletak kita di mana
Mereka yang suka bermasyarakat akan kata bermasyarakat itulah yang terbaik kerna bisa membantu manusia, sambil quote kata-kata seseorang yang suka bermasyarakat.
Dan mereka yang suka bersendirian pula akan kata bersendirian itulah yang terbaik, kerna bisa buat sesuatu tanpa gangguan sesiapa, sambil itu quote kata-kata seseorang yang suka bersendirian.

Mereka yang extrovert yang sedang dengki kepada mereka yang introvert akan menyusun ayat, agar yang extrovert itu kelihatan hebat, introvert itu kelihatan sampah.

Mereka yang introvert yang sedang dengki kepada mereka yang extrovert akan menyusun ayat, agar yang introvert itu kelihatan hebat, extrovert pula kelihatan sampah.

Ego manusia, masing-masing akan kata, bahawa dialah hebat, dan memandang manusia lain, yang dari spesies lain, sebagai sampah sahaja. Masing-masing mahu merobotkan manusia, agar bisa melahirkan kerajaan robot, tanpa kepelbagaian (sedangkan robot itu ada kepelbagaian)....

Aku di mana...?
Aku introvert, bekas extrovert.
Aku pilih introvert, tapi aku tak sampahkan extrovert seperti mana extrovert selalu sampahkan aku, sambil qoute kata-kata Islam
"Nabi Muhammad itu bukan introvert..."

Ya, mungkin betul, Nabi Muhammad itu bukan extrovert, tapi adakah Nabi pernah sampahkan introvert?
Aku ada soalan, adakah Saidina Uwais al-Qarani itu introvert atau extrovert? Ataupun soalan itu tidak wujud, kerna semua ini salah manusia moden, yang suka mengsistemkan segalanya, daripada bidang psikologi ke pengkajian alam ke bidang sosial ke segalanya?

Di kala sesuatu itu telah disistemkan, maka lahirlah nama-nama hasil pengsistemanan itu. Lahirnya pelbagai nama untuk menerangkan segalanya yang ada dalam pembahagian sesuatu ilmu/bidang, seperti psikologi, biologi, fizik, segalanya (agama sekali), sampaikan kelihatan tiadanya hubungan dalam semua bidang itu, kerna masing-masing akan kata, bidang yang dia sembah itulah yang hebat sekali berbanding bidang lain. Ini hasilnya apabila ego juga dimasukkan dalam pembahagian ilmu, sampaikan ilmu lain dipandang rendah.

Buat apa nak mengsistemkan segalanya... mungkin ia berfaedah tapi hanya kepada golongan majoriti sahaja, dan golongan minoriti pula lemas lelah dalam segala lautan yang telah disistemkan....

Kenapa nak mengsistemkan segalanya..

Tak salah nak mengsistemkan sesuatu
tapi jangan melebihi batas
sampaikan ada mereka yang lemas hasil nama-nama yang direka...

Pengsistemanan dunia(dunia yang disistemkan) telah melemaskan segelintir manusia...

Mereka yang tidak ada mental illness, di kata ada mental illness, kerna nama-nama disorder yang telah direka dalam ilmu psikologi, di copy paste kan kepada manusia lain, hasil penerangan manusia lain(aku tahu, ini salah, tapi aku nak tulis saja, kerna ia pendapat lama aku yang telah aku buang).

Sedangkan... bagi aku lah, semua manusia itu secara generalnya, ada mental illness..
Apa mental illness korang
Mental disorders? Capitalism? Demokrasi? Diktator? Materialistik? Socialism? Proletariat nak jadi Bourgeois? Fizik? Biologi? Kimia? Sastera? Falsafah? Syariah? Tasawuf? Ideologi? Conservative? Liberal?  Agama?

(Ia jadi mental illness, apabila ia melebihi batas)

Ulasan

Catatan Popular