-diamnya bukan sebuah kediaman-

Dia
dia pilih diam
atas segalanya
walaupun dia bisa berkata-kata
untuk tunjukkan informasi
yang dia simpan kumpul di akalnya.

Dia
dia pilih diam
bukan kerna tidak tahu
tapi dia soalkan segalanya
"untuk apa ku kongsi sesuatu maklumat"
"untuk apa nak tahu, lebih baik tidak tahu saja"
"dapat apa, andai kau tahu sesuatu maklumat, sia-sia sahaja akhirnya."

Dia
dia pilih diam
walaupun dia tahu sesuatu maklumat
kerna hidupnya pernah ajar
"Apa yang aku tahu, hanya untuk aku sahaja"
"Maklumat yang ku tahu, hanya untuk aku sahaja, agar maklumat itu bisa ku buang ke longkang, tanpa perlu sebarkan ia."
"Untuk apa nak sebarkan sesuatu yang berlainan daripada ikutan majoriti?"

Dia
dia pilih diam
dalam semua keadaan
yang berkongsi maklumat
kerna dia anggap
"untuk apa nak tahu, lebih baik tidak tahu, kerna ia lebih bahagia, berbanding tahu."

Dia
dia pilih diam
walaupun dia dihina, dimaki
kerna suka diam
kerna hanya diam
kerna diam.

Ulasan

Catatan Popular