-wanita itu-

Wanita yang berdiri di depanku ini aneh
dia tak pernah ungkap kata cinta
tak pernah mulutnya bersoal cinta.
Dia hanya diam
sambil memandangku
diamnya itu ditemani senyum
matanya pula seperti kabus
di subuh hari, macam basah tak seperti basah.
Dia hanya senyum
kala dia memandang kewujudanku
dari jarak yang jauh
sangat jauh walaupun kelihatan dekat.
Dia memandangku
tanpa marah, tanpa merajuk.

Wanita yang ku cinta ini aneh
mulutnya tak pernah kata cinta kepadaku
tapi senyumannya sentiasa memberi segala jawapan.
Aku jarang menelefonnya
jarang aku bertanya khabar
jarang ku bertemu dirinya
tapi dia tak pernah mengeluh,
tak pernah marah,
tak pernah bertanya kenapa.

Dia ini aneh
dia hanya diam di depanku
tanpa kata, hanya sebuah senyuman
senyuman yang sepertinya nak ungkap kata
"Saya cinta akan awak, dan saya akan tunggu awak..."

"Awak, minta maaf. Saya juga sebenarnya suka akan awak, cumanya........ saya tak layak nak rasa cinta awak, kerna saya ini 'corrupt', my soul is corrupted. Sebab itu, cari lelaki lain, yang sesuai dan layak dengan personaliti awak."

Wanita ini aneh
dia hanya tunduk ke bawah di kala
kata-kata itu sampai ke hatinya
walaupun aku berkata serius
tapi anak matanya tetap akan pandang juga ke bawah.
Aku pernah soal akan dirinya
kenapa awak suka pandang ke bawah
dikala aku berkata-kata
Katanya
"Kerna, aku tak suka lihat awak berlakon di depanku, aku tak suka lihat awak menipu di depanku."

Dia ini aneh
aku sentiasa layan dia
seperti ku benci akan dirinya
seperti tiada cintaku untuk dirinya
tapi seperti biasa
dia hanya diam
dan kekal di sisiku .

Dia ini aneh
wanita yang sentiasa tunduk di depanku ini aneh
cintanya itu dia jarang
mungkin tak pernah ungkap
tapi diamnya itu selalu kata kepadaku
" peluk aku, kerna aku bisa memeluk mu kembali. Aku hanya tunggu awak, memelukku, setelah itu, aku akan memelukmu juga, tanpa lepas. Kerna, sebuah pelukan bisa mengubati pelbagai penyakit hati dan jiwa."

"tak, aku tak percaya itu..... jiwaku tak sama dengan manusia baik... manusia yang tidak tahu apa itu corrupted soul... corrupted soul itu tidak sama dengan mental illness... walaupun mungkin ada hubungan antaranya..."

Aku tahu
selama-lamanya dia tak akan seperti itu
Suatu hari nanti
dia akan tinggalkanku juga
kerna dia tak sanggup lagi
merasai rosaknya tafsiran realitiku.

Kan dah pernah ku kata
manusia rosak sepertiku
tak layak nak rasai keindahan cinta
romantika.

Ulasan

Catatan Popular