-general and I- [versi panjang]

Hari ini, di waktu awal pagi sekitar pukul 1 pagi hingga pagi, aku menonton sebuah drama, daripada negara China, dari episode 1 hingga 6, yang bertajuk General and I (ongoing). Aku dah lama tak layan drama daripada negara China, sejak kalau aku tak silap, last masa aku berumur kurang umur 13 tahun. Kerna, di waktu umur ku 14 tahun, TV 2 menyiarkan drama Korea(Spring Waltz) dan sejak itu aku mula menyukai drama daripada negara sana, dan juga kalanya aku suka menonton drama daripada negara Jepun. Aku tidak tahu, kenapa aku suka akan drama buatan negara bahagian Timur, terutamanya China, Korea dan Jepun, mungkin ia sesuai dengan jiwaku, yang minat sastera, mungkin, atau ia sekadar alasan, untuk hidup dalam masyarakat moden, yang ramai pakar pengkritik cara hidup orang lain.

Manusia memang pelik, kita hantar mereka masuk universiti agar bisa kritik atau inovasi ilmu moden, tapi akhirnya mereka jadi pakar pengkritik cara hidup orang lain pula. Kah kah kah. Kenapa? Kerna kritik ilmu itu susah, berbanding kritik cara hidup orang lain. Sebabnya, kritik cara hidup orang lain kita boleh sekadar copy paste kata-kata ulama, tapi kalau nak kritik ilmu, kita nak copy paste kata-kata siapa? Kah kah kah. Aku yang bodoh ini pun akan pilih kritik cara hidup manusia lain, berbanding nak kritik ilmu, kerna kritik cara hidup orang lain itu senang, kah kah kah.

General and I
Drama ini seronok, bagiku, kerna ia lain daripada lain. Kisah di mana seorang General disentuh kalbunya oleh seorang wanita yang pakar dalam pelbagai ilmu. Hero adalah daripada kerajaan lain, manakala heroin juga daripada kerajaan lain.

Heroin pakar strategi, manakala Hero adalah seorang General hebat dipandang sebagai hero di khayalak. Kerna seorang wanita, Hero berani abaikan segalanya, walaupun wanita itu, tidak cinta akan dirinya kembali, benarlah ada pepatah, yang kata, cinta itu penghancur segalanya, kerna ia bisa melemaskan perasa-nya di realiti, sampaikan si perasa cinta, sanggup abaikan segalanya, hanya kerna cinta.

Seorang General sanggup tinggalkan segalanya, semata-mata kerna cinta, sampaikan dia umpama kata 'aku sanggup engkau tikam akan diriku banyak kali, asalkan awak ada di sisiku'. Yeah, cinta bisa membunuh, apatah lagi, jika dirimu seorang eatetika dalam lautan romantika, sampaikan bisa lemas tanpa timbul kembali, dalam imaginari cinta yang ingin direalitikan di empirikal.

Drama ini pelik, kerna seorang General jatuh cinta kepada musuh, di mana pula musuh itu, seorang pakar strategi, terutamanya ilmu peperangan. Lihat, di mana masing-masing berperang psikologi, agar dapat apa yang diinginkan. Heroin itu menyeramkan, kerna akalnya tak bisa dibaca sesiapa pun, kerna akhir sebuah bacaan akal, biasanya dibuat kerna semata-mata terlebih tafsir oleh si pembaca akal, di mana pula sebuah tafsiran itu, adalah atas nilai yang ada, pada diri masing-masing.

Bercinta dengan wanita yang sibuk akalnya , hebat zahirnya(adakalanya juga wujud golongan yang terlalu sibuk dengan akalnya  sampaikan kelihatan malas di zahirnya), memang menyeramkan, mungkin sebab itu, Ismail al-Faruqi pernah berkata, 'aku tak perlukan dua ahli falsafah dalam satu rumah'. Kah kah kah.

Aku teringat sebuah kisah, mungkin sekadar fiction. Seorang lelaki konservatif bercinta dengan seorang wanita liberal. Seorang konservatif, seorang pula pilih sekular. Seorang demokrasi, seorang anarki. Seorang peminat kapitalisme, seorang pula raja anarki sosialisme. Seorang lemas dalam lautan sastera gelap, seorang pula lawan monster psikologi. Seorang pencinta social anxiety, seorang pula penghidap major depressive disorder. Seorang raja introvert, seorang pula hamba abdi borderline personality disorder. Seorang sengsara dalam bipolar disorder, seorang pula lemas dalam lautan imaginari. Dua-dua asyik bermain ayat, bukan ayat cinta, tapi permainan ayat hasil tafsiran berbeda, mengenai dunia empirikal, dan dunia idealisme. Masing-masing suka menyusun ayat, menunjukkan ideologi pegangan, lahirnya perbedaan pendapat, walaupun begitu, cinta romantika ditafsir indah bersama.

Susah bercinta dengan wanita berideologi, kerna ideologi berbahaya, apatah lagi, ego selalu melarang manusia, melihat kepelbagaian dalam bermasyarakat. Tapi kerna ideologi, kita lihat dan tafsir dunia ini, berbeda. Dan indah, kerna kita bisa belajar kepelbagaian dalam berpesonaliti, dalam karekter,dalam psikologi, dalam berideologi, dalam pemahaman, dalam penafsiran dunia, dalam segalanya. Kepelbagaian itu indah, cuma ia nampak sampah, kerna masing-masing tunjukkan ego agar manusia lain ikut apa yang kita ikut, mungkin kita anggap manusia itu robot, tanpa kepelbagaian (sedangkan robot ada kepelbagaian).

Ulasan

Catatan Popular