-takkan pergi-
Ku ingat akan dirinya
ku ingat kisah sesaat tadi
ku rasa kehancuran tafsiran
ku rasa sebuah kelemasan cinta
sambil ku dengar lagu
tak kan pergi oleh Hyper Act.
Ku tak kisah apa liriknya
apa maknanya
yang ku kisah
melodi lagu itu
memberi nilai estetika
indah sekali.
Rasa indah
ketika ku merasai
lemasnya di lautan cinta sehala.
Lagu itu memberi estetika
kepada jiwaku
kerna ia ajar
akan indahnya sebuah pain
cinta romantika
sambil ku menulis sebuah tulisan rosak.
Kesedihan cinta ini
pain cinta sehala ini
menyeronokkan
berbanding kisah drama Korea
yang berakhir gembira.
Kesedihan cinta ini
pain hasil cinta ini
menyeronokkan
berbanding kegembiraan kerna
cinta di fantasi,
dan mungkin ia lebih menyeronokkan
berbanding kegembiraan cinta
di realiti.
Sebenarnya
gembira itu apa?
Gembira kerna cinta romantika itu apa?
Ku rasa
kesedihan kerna cinta
lebih indah dirasai
berbanding kegembiraan kerna cinta.
Ya, aku tahu aku salah
tapi aku serius
hatiku dah lama
rasa indah merasai pain kerna cinta
malah hatiku sentiasa berharap
agar ia bisa rasa pain kerna cinta
lagi dan lagi
walaupun akalku
tak nak lagi rasa kelemasan
hasil estetika kerosakan tafsiran hatiku.
Ah! Lagu ini benar-benar memberi estetika
kepada hatiku
dalam menghargai pain kerna cinta
dalam bergembira
dikala rasa pain romantika.
Ulasan
Catat Ulasan