-
katanya
"aku nak hasilkan sastera seindah sastera sufi, tak pun sastera seindah sastera Tere Liye, atau Hamka, atau sastera Andrea Hinata . tapi, bagaimana aku nak hasilkan sastera indah, andai realitiku melemaskan aku, menelan aku? bagaimana aku nak hasilkan sastera indah, andai psikologi yang ada di mindaku menelanku, perasaan yang ada di hatiku menelanku, realiti yang ada di empirikalku menelanku, dunia virtual yang ada di ruang kecilku menelanku, segala-galanya menelanku? bagaimana aku nak hasilkan sastera indah, andai segalanya merosakkan pentafsiranku terhadap duniaku? apa yang aku mampu hanyalah senyum sahaja, tapi aku tidak tahu bagaimana aku nak luahkan senyuman itu ke atas sasteraku agar bisa aku hasilkan sastera indah. aku hanya mampu senyum di kala segala-galanya melemaskan aku. tapi, aku tidak tahu bagaimana nak sasterakan senyuman itu, agar bisa aku hasilkan sastera seindah pengarang hebat dunia. wahai dunia, ajar aku bagaimana nak hasilkan sastera indah, di kala realitiku melemaskan jiwaku."
"minta maaf, sasteraku ini kekurangan unsur didaktisisme. ingin aku masukkan unsur itu, tapi psikologiku telah menggelamkan aku di lautan kebodohan, hatiku juga telah melemaskan jiwaku dengan kepelbagaian perasaan yang aku merasainya dengan cukup mendalam. aku hanya mampu belajar senyum melawan segalanya, yang melemaskan aku, yang ada di dalam diriku. tapi, senyumanku ini, tidak bisa aku sasterakan agar menjadi keindahan pengajaran kepada manusia. minta maaf, kerna sasteraku ini kekurangan unsur didaktisisme."
"manghasilkan sastera ini menyeksakan jiwaku. terasa hati ini disiat-siat pisau ilusi, untuk mengeluarkan perasaan yang tersembunyi, yang real. ingin aku menjauhi sastera, agar perasaan yang ada di hatiku, tidak lagi menelanku, tapi, apakan dayaku, hanya sastera sahaja tempat aku mengadu, kerna aku tidak suka susahkan manusia lain, dan yang utamanya adalah, tiada manusia yang sudi mendengar aku, kecuali dengar kerna sekadar common sense dalam bermasyarakat."
"aku pernah latih akalku, untuk jadi ahli sains-falsafah, tapi realiti hidupku didik hatiku untuk menjadi pencinta sastera, walau sastera itu adalah daripada sastera rosak."
"aku lelah dengan segalanya. aku penat dengan segalanya. aku tidak tahu lagi, apa yang perlu aku lakukan. aku doa kepada Pencipta, tapi aku asyik berfikir, kenapa aku berdoa kepada Pencipta, sedangkan akulah masalahnya, bukannya Pencipta? akulah yang pilih jadi seperti ini. akulah yang pilih untuk terus tenggelam lagi, untuk dilemaskan lagi. So, kenapa aku perlu berdoa kepada Pencipta, andai aku yang bermasalah, andai aku yang pilih seperti ini? adakah kerna aku harap Sang Pencipta beri aku peluang? atau adakah kerna aku terlalu berharap kepada Pencipta, tanpa aku berusaha? mungkin. aku terlalu berharap kepada Pencipta, tanpa aku berusaha. kerna itu, aku malas nak meminta sesuatu daripada Sang Pencipta. aku hanya memuji-Nya selepas solatku, dan memohon Dia ampunkan kejahilan dan kejahatan hamba-Nya ini."
"realiti hidupku telah merosakkan pentafsiran aku ke atas diriku sendiri..."
"jiwa ini rasa lemas dengan semua ini. aku hancur. aku kalah. aku berputus asa, akan segala-galanya yang melibatkan aku. aku benci aku. aku sangat benci akan aku. aku nak hilang sahaja daripada dunia ini. aku nak hilang daripada aku sendiri. aku nak lupa akan aku yang ini. aku tak nak jadi aku yang ini."
"ada yang kata, makin jatuh ke bawah, makin kuat lambungannya ke atas. tapi, berdasarkan pengalaman hidupku, jatuhku ke bawah seperti tiada penghujungnya. sepertinya, selama-lamanya aku tak akan melambung ke atas."
"ada yang kata, kegagalan adalah proses menuju kejayaan. tapi, berdasarkan pengalaman hidupku, kegagalan bukanlah proses menuju kejayaan, kerna andai selalu gagal, maka hanya mendatangkan kekecewaan ke atas diri sendiri. kegagalan bukanlah proses menuju kejayaan, kerna andai asyik gagal, hanya menyebabkan seseorang bertambah gagal lagi, kerna dirinya anggap, dia selalu ditakdirkan untuk gagal. andai asyik gagal hanya membuatkan hati membenci diri sendiri. dan akhirnya, hilang segala harapan.
hiduplah dia di dunia ini, tanpa terlalu berharap, dan andai berharap pun, dia malas berusaha, kerna dia akan anggap, usaha atau tidak, hasilnya tetap sama... winner is always a winner, loser is always a loser."
Ulasan
Catat Ulasan