-untukmu-

wahai awak yang ada di jauh sana
aku cinta akan dirimu,
walaupun awak tidak sedar akan wujudku.
aku telah jatuh cinta dikala aku memerhatikan personaliti awak.
pada awalnya, awak di mata aku, tak lah cantik seperti temanmu, tapi dikala lama aku perhatikan awak, juga personaliti awak,
aku dah anggap bahawa awaklah wanita tercantik di dunia ini.
hati ini telah mula mencintai dirimu.

aku tahu, cintaku ini adalah cinta mustahil,
tapi hati bodoh ini tetap juga jatuh cinta.
aku benar-benar mencintaimu...
ya aku tahu, selama-lamanya awak tak akan pernah mencintaiku,
walau hati bodoh ini sentiasa berharap
agar suatu hari nanti awak akan mencintaiku.
tapi, aku belajar latih hati ini
agar menerima realiti.
hati ini bodoh...
hati ini memang bodoh.

kenapa? kenapa? kenapa aku jatuh cinta?
kenapa hati tetap juga mencintai dirimu walau hati ini tahu,
cintaku ini adalah mustahil....?
hati memang bodoh.
sengaja dia cari nahas kesengsaraan
sengaja dia nak lemas di harapan ilusi.

wahai awak, terima kasih kerna wujud di dunia kecilku.
terima kasih kerna senyum walau aku tahu
senyuman itu tak akan pernah menjadi milikku.
terima kasih, kerna awak wujud dalam hatiku
walaupun hati ini rasa seksa memandang awak.
aku mencintai awak walaupun aku tahu cinta ini selama-lamanya tak akan dibalas.

tapi, aku akan latih
agar cinta ini bisa aku kawal
agar aku tidak lagi sengsara
tapi, aku tak akan lagi jatuh cinta
kerna aku nak awak adalah wanita terakhir
yang hati aku cintai.
aku sentiasa tertanya-tanya,
berapa lama hati ini bisa bertahan
berapa lama hati ini mencintai awak.

andai suatu hari nanti hati ini jatuh cinta lagi
akan tetap aku anggap awaklah wanita terakhir yang aku cintai.
andai suatu hari nanti, hatiku mencintai wanita lain
akan aku tetap jadikan awak permaisuri dalam hidupku
kerna aku tak nak lari dari terus mencintai awak.

andailah bisa aku kawal hati ini
aku akan jadikan kau wanita terakhir yang aku cintai
akan aku jadikan kau permaisuri dalam hidupku
walau aku bukanlah raja dalam hidupmu.

"wahai hati, jangan lagi jatuh cinta
biarlah wanita itu adalah wanita terakhir
yang wujud di hatiku
selama-lamanya."

Ulasan

Catatan Popular